Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerosakan akibat tanah runtuh BTO Clementi 'agak teruk'; namun tidak mungkin lambatkan tarikh serah kunci flat: AP

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2022 05:43PM Dikemas Kini : 02 Sep 2022 10:50PM
SINGAPURA: Kerosakan akibat kejadian tanah runtuh pada Jumaat (2 Sep) dekat dengan projek
Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Clementi “agak teruk” tetapi tidak mungkin melambatkan tarikh pengambilan kunci bagi pembeli flat baru itu, kata Anggota Parlimen kawasan tersebut, Sim Ann.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku sekitar pukul 2 pagi Jumaat dekat dengan tapak binaan Clementi NorthArc.

Cik Sim (PAP-Holland-Bukit Timah), yang juga Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara, memberitahu wartawan bahawa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah membuat penilaian awal selepas kejadian tersebut.

"Buat masa ini, HDB tidak ada sebab untuk menangguhkan pengambilan kunci selepas tarikh yang telah dimaklumkan kepada pembeli," katanya. "Tetapi sudah tentu, kami akan memantau keadaan dengan teliti".

Tarikh siap bagi projek Clementi NorthArc asalnya ditetapkan pada suku ketiga tahun ini, tetapi pada bulan April pembeli dimaklumkan bahawa ia akan ditunda.

Cik Sim berkata berdasarkan perkembangan terkini, pembeli boleh mendapatkan kunci flat mereka seawal Disember ini.

Sementara itu, HDB sedang bekerjasama dengan PUB dan Lembaga Taman Negara (NParks) bagi menangani kesan akibat kejadian tanah runtuh itu.

"Kerosakannya agak teruk dan memerlukan banyak usaha untuk memastikan bahawa kaedah pembaikan dipertimbangkan dan dijalankan dengan betul, jadi ini juga akan mengambil masa," kata Cik Sim.

Keutamaan segera katanya, adalah memulihkan aliran air berhampiran terusan Ulu Pandan, kerana sebahagiannya kini tersumbat dengan serpihan runtuhan.

Untuk mempercepatkan proses ini, sebahagian penyambung taman dari Ghim Moh ke Eksprewe Ayer Rajah, akan ditutup kepada orang ramai, kata Cik Sim.

“Kami maklum ramai penduduk kerap menggunakan penyambung taman ini untuk beriadah serta untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat lain. Ia akan menyebabkan sedikit kesulitan, tetapi kami meminta pemahaman orang ramai."

Beliau menambah bahawa pemeriksaan struktur di blok-blok berhampiran serta projek BTO baru itu sendiri menunjukkan bangunan-bangunan tersebut "baik-baik sahaja".

Kecuali kawasan terdekat yang terjejas akibat pergerakan tanah, bekalan api air di kawasan sekitar tidak dijangka terjejas, kata Cik Sim.

Tambah beliau siasatan mengenai punca kejadian tanah runtuh itu sedang dijalankan tetapi semua pemeriksaan yang perlu sudah dijalankan sebelum mulanya kerja-kerja binaan BTO berkenaan.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan