Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama, sinergi padu kunci pencapaian masyarakat India Muslim, kata Dr Faishal

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama, sinergi padu kunci pencapaian masyarakat India Muslim, kata Dr Faishal

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Faishal Ibrahim menegaskan di perbincangan bagi masyarakat India Muslim di Hab Islam Singapura pada Sabtu (25 Feb). (Gambar: MUIS)

BERITAmediacorp: Kolaborasi dan sinergi yang padu adalah kunci pencapaian sesebuah pasukan India Muslim itu serta bersama pertubuhan-pertubuhan lain.

Ini menjangkaui kepentingan setiap pertubuhan atau pihak berkepentingan itu sendiri.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Faishal Ibrahim menegaskan demikian semasa satu perbincangan diadakan buat julung-julung kalinya bagi masyarakat India Muslim di Hab Islam Singapura pada Sabtu (25 Feb).

"Malah, kita sudahpun melihat sinergi ini antara masjid-masjid India Muslim dan Pertubuhan-Pertubuhan India Muslim (IMO) bergabung untuk menyokong satu sama lain.

"Misalnya, masjid-masjid dengan dana tambahan menyumbang kepada masjid-masjid lain yang menjalankan kerja-kerja naik taraf.

"Oleh itu, saya menggesa anda supaya memanfaatkan peluang ini dan melakukan yang terbaik demi membantu masyarakat India Muslim mengharungi cabarannya, sekali gus membawa perubahan besar kepada masyarakat," kata Dr Faishal.

PENCAPAIAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM

Dr Faishal menarik perhatian bahawa sejak empat tahun lalu, Jawatankuasa Pemandu Masyarakat India Muslim (IMCSC) sudah meraih pencapaian besar yang progresif dalam bidang-bidang tumpuan kepimpinan agama, pendidikan agama, pembangunan sosial bagi penerima zakat dan pertubuhan Persatuan Nagore Dargah (ND) sejak empat tahun lalu.

Pencapaian tersebut berjaya diraih hasil penubuhan IMCSC pada 2019, kata Dr Faishal.

Dari segi kepimpinan agama, ini termasuk dengan adanya pelbagai pendampingan intensif dengan Pejabat Mufti bagi panduan agama bagi acara-acara seperti kolaborasi SalamSG dan pelbagai inisiatif seperti Lailatul Qadr secara maya.

"Dalam bidang Pendidikan Agama, terdapat beberapa penanda aras yang besar.

"Pelaksanaan pendekatan bersepadu aLIVE (bagi kanak-kanak hingga remaja) dan kurikulum direka khas di Masjid Abdul Gafoor dilancarkan pada Januari 2020. Buat masa ini terdapat 50 pelajar dalam program ini," kongsi beliau.

Dr Faishal menambah Program Persediaan Madrasah (MPP) juga diperkenalkan bagi menyokong lebih ramai murid India Muslim ke dalam madrasah-madrasah tempatan.

Bagi memberi khidmat kepada penerima zakat India Muslim, Pusat Pembangunan Sosial@Masjid Jamae Chulia turut dilancarkan.

"Melalui ini, masjid itu juga menjalin hubungan dengan SINDA, Pertubuhan-Pertubuhan India Muslim dan Relawan-Relawan Belia bagi menjalankan atau merujuk program-program relevan bagi para penerima zakat," jelas Dr Faishal.

Sehubungan itu, Persatuan ND juga didaftar bagi mengendalikan Pusat Warisan India Muslim ND, dengan para Anggota Lembaga Pengurusan yang dilantik bagi menubuhkan struktur tenaga manusia yang dipertingkat.

"Saya yakin melalui kepimpinan dan kerjasama proaktif, kami dapat mencapai visi kami untuk membawa perubahan positif kepada keperluan sosioagama masyarakat India Muslim," kata Dr Faishal.

Ini juga demi memperkasakan masyarakat India Muslim supaya terus memberi impak dan sumbangan bermakna kepada masyarakat Singapura secara keseluruhannya, tambah Dr Faishal.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan