Kerjasama semua pihak penting untuk bangunkan masyarakat ihsan, kata Presiden Halimah
Presiden Halimah juga menyeru mereka yang berkemampuan untuk meringankan tangan dan menghulurkan bantuan semampu mungkin.
SINGAPURA: Membina masyarakat penyayang memerlukan kerjasama semua pihak, kata Presiden Halimah Yacob hari ini (31 Ogos).
Berucap semasa pelancaran acara amal YMCA Giving Gala, beliau menambah bahawa Singapura perlu kekal bersatu padu sebagai sebuah masyarakat dan memastikan tiada yang ketinggalan.
Dalam pada itu, Presiden Halimah juga menyeru mereka yang berkemampuan untuk meringankan tangan dan menghulurkan bantuan semampu mungkin.
Hari Ini, YMCA berpadu tenaga dengan Singapore Airlines (SIA) buat julung-julung kalinya.
SIA akan menyediakan sajian hidangan Peranakan dan pinggan mangkuk yang digunakan akan ditebus oleh para penderma.
SIA menyasar untuk mengumpulkan S$350,000 bagi Dana Khidmat Masyarakat YMCA yang membantu belia berkeperluan khas.
"Saya juga berbesar hati YMCA komited terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan belia kita. Ini adalah isu penting dan memerlukan perhatian segera. Saya berbesar hati YMCA mengambil kira perkara itu dalam inovasi program-program belia sedia ada," kata Puan Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.