Kerjasama seluruh masyarakat penting pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat: Dr Syed Harun
Usaha memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam masyarakat perlu digerakkan bersama, bukan sahaja oleh MENDAKI dan rangkaian M³, malah badan-badan masyarakat lain.
- Dr Syed Harun Alhabsyi stressed the importance of cooperation between MENDAKI, M³+@Nee Soon, IMSSA and other community organisations in fostering a culture of lifelong learning.
- The Raikan Ilmu@Heartlands event was held at Yishun Town Square on Sep 5 as part of the Raikan Ilmu 2026 campaign.
- The two-day festival offered a range of activities such as stage performances, interactive workshops and community booths to draw people from different segments of society.
- The initiative aims to strengthen the culture of learning and encourage the community, including seniors, to continue acquiring knowledge together.
- Dr Syed Harun Alhabsyi menekankan pentingnya kerjasama antara MENDAKI, M³+@Nee Soon, IMSSA dan badan masyarakat lain dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.
- Acara Raikan Ilmu@Heartlands diadakan di Yishun Town Square pada 5 September sebagai sebahagian kempen Raikan Ilmu 2026.
- Festival dua hari itu menawarkan pelbagai aktiviti seperti persembahan pentas, bengkel interaktif dan reruai masyarakat untuk menarik pelbagai lapisan masyarakat.
- Inisiatif ini bertujuan memperkukuh budaya ilmu dan menggalakkan masyarakat, termasuk warga emas, untuk terus menimba ilmu bersama-sama.
Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Negara, Dr Syed Harun Alhabsyi, berkata gabungan tenaga antara masyarakat dan akar umbi penting bagi memastikan budaya meraikan ilmu dapat terus diperkukuh.
Beliau berkata demikian di acara Raikan Ilmu@Heartlands (Nee Soon) di Yishun Town Square pada Sabtu (5 Sep).
“Perayaan Raikan Ilmu di Heartlands@Nee Soon ini merupakan peluang untuk kita mendekati masyarakat, menggalakkan mereka untuk terus menimba ilmu seumur hidup. Bukan saja bagi kanak-kanak kita, tapi juga bagi keluarga-keluarga kita. Dan bagi mereka yang lanjut usia, tetap sekali pentingnya untuk kita menimba ilmu bersama.”
Menurut Dr Syed Harun, usaha itu juga mencerminkan bahawa pembudayaan ilmu bukan hanya menjadi keutamaan MENDAKI atau M³@Nee Soon, tetapi turut mendapat sokongan badan-badan masyarakat.
Edisi di Nee Soon itu dianjurkan MENDAKI dengan kerjasama M³+@Nee Soon dan Persatuan Khidmat Sosial India Islam (IMSSA), yang turut menggerakkan sukarelawan bagi menjayakan acara tersebut.
“Kita juga dapati bahawa kepentingan bagi ilmu bukan saja tertera bagi usaha MENDAKI ataupun M³@Nee Soon, malah ia merupakan satu keinginan bagi seluruh badan-badan rakan masyarakat,"
"Hanya dengan gabungan tenaga di masyarakat dan juga akar umbi, dapatlah kita realisasikan keinginan kita untuk meraikan ilmu bersama.” tambah Dr Syed Harun.
Dr Syed Harun berkata kerjasama seperti itu diharap dapat diteruskan dengan lebih banyak badan masyarakat menerusi rangka kerja M³+ bagi membantu masyarakat terus maju bersama.
Festival dua hari itu menampilkan persembahan pentas, bengkel interaktif dan reruai masyarakat.
Ia merupakan sebahagian daripada kempen Raikan Ilmu 2026 yang terbesar sejak diperkenalkan pada 2002.
Edisi tahun ini menyaksikan Raikan Ilmu@Heartlands diperluaskan ke 11 bandar M³, selain menampilkan empat acara utama di peringkat nasional.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.