Kerjasama sejagat penting untuk bangkit lebih kukuh, kata DPM Heng
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menekankan peri penting sains dan teknologi untuk masyarakat sedunia bangkit lebih teguh daripada pandemik COVID-19 selain menyatukan idea-idea terbaik dari merata dunia.

DPM Heng Swee Keat. (Gambar: MCI)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menekankan peri penting sains dan teknologi untuk masyarakat sedunia bangkit lebih teguh daripada pandemik COVID-19 selain menyatukan idea-idea terbaik dari merata dunia.
Berucap di sidang puncak global bagi para pengkaji, DPM Heng berkata Singapura adalah tempat yang sesuai bagi menjalankan kajian dan inovasi.
Menurut beliau, kerjasama yang mantap dan sikap terbuka Singapura kepada idea-idea baru merupakan tunggak kekuatannya sebagai sebuah pangkalan kajian sejagat.
DPM Heng juga menarik perhatian bahawa pemerintah sudahpun memperuntukkan dana S$25 bilion di bawah pelan Kajian, Inovasi dan Perusahaan 2025 (RIE2025) bagi memacu kajian dalam bidang-bidang seperti kesihatan, huraian negara bijak dan kemampanan.
"Sumber-sumber yang diperuntukkan di bawah RIE2025 adalah besar dari segi belanjawan negara kita tetapi agak kecil berbanding pelaburan global dalam R&D. Kita selama ini berjaya mencapai kemajuan menjangkaui kemampuan kerana kerjasama kita yang mantap meliputi bidang akademik, sektor privet dan pemerintah di Singapura serta di luar negara," ungkap Encik Heng.
"Semangat kerjasama adalah kekuatan sistem kita dan merupakan mutu yang kita mesti terus pupuk."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.