Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk hadapi ketidaktentuan global, kata Dr Tan See Leng
Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng menekankan peri perlu mengekalkan kerjasama tiga pihak di tengah-tengah ketidaktentuan global yang sedang dihadapi, ekoran ketegangan geopolitik dan tarif perdagangan.
Dr Tan turut menarik perhatian kepada hubungan rapat antara pemerintah, kesatuan dan majikan, antara sebab utama daya tahan dan kemajuan Singapura, dalam mesej Hari Buruhnya.
Selain itu, beliau juga menggariskan pelbagai inisiatif bagi menyokong para pekerja seperti warga emas, pekerja platform dan mereka yang berpendapatan rendah.
Menurut Dr Tan, memastikan perniagaan kekal berdaya saing juga adalah penting kerana ia menjamin peluang pekerjaan yang baik serta gaji yang lebih tinggi bagi para pekerja.
Beliau turut menyentuh kemajuan dalam usaha mencipta tempat kerja lebih baik, termasuk keselamatan dan antidiskriminasi dalam amalan pekerjaan.
Kata Dr Tan, kemajuan boleh dicapai sekiranya setiap pekerja mempunyai peluang untuk berkembang, setiap majikan untuk berjaya dengan melabur dalam pekerja mereka, serta tempat kerja di mana semua pekerja boleh menyumbang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.