Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama NTUC-syarikat utama bantu firma kecil, pertingkat usaha mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: NTUC akan bekerjasama lebih rapat dengan syarikat-syarikat utama dalam pelbagai industri bagi membantu firma kecil menjadi lebih mesra alam dengan pantas.

Ini menyusuli satu sesi dialog yang diadakan bagi membantu pergerakan buruh itu memahami lebih baik keprihatinan masyarakat peniaga. 

Sedang ekonomi Singapura berubah menjadi lebih mesra alam, banyak syarikat sedia maklum bahawa membuat perubahan ke arah kemampanan menawarkan pelbagai peluang cerah. 

Namun, walaupun memahami keperluan perekaan semula pekerjaan, firma-firma kecil menyatakan antara masalah yang dihadapi adalah kekurangan tenaga kerja apabila pekerja perlu menjalani latihan untuk menimba kemahiran bagi amalan mesra alam.

Justeru, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng menekankan pihak beliau akan terus membantu syarikat-syarikat menangani masalah semasa proses peralihan menjadi lebih mesra alam.

Ini termasuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat utama bagi menetapkan hala tuju dan mengurangkan risiko yang mungkin dialami firma kecil dalam industri yang sama.

"Sebagai sebuah syarikat kecil dan sederhana (SME), sumber terhad, terutama sekali tenaga manusia. Cabaran yang kami hadapi adalah untuk memberi masa bagi pekerja menjalani latihan kerana kami tidak mempunyai sebanyak sumber berbanding syarikat-syarikat lebih besar. Kami harus membuat aturan dan perancangan sebelum ia boleh berlangsung," kata Pengarah BX Creatives Pte Ltd Cik Wei-Shan Chua. 

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan