Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama NEA, majlis bandaran giatkan usaha basmi pembiakan nyamuk

Singapura menggiatkan usaha membasmi nyamuk-nyamuk Aedes bagi mengawal penularan penyakit denggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jul 2020 08:34PM Dikemas Kini : 24 Jul 2020 09:06PM

SINGAPURA: Singapura menggiatkan usaha membasmi nyamuk-nyamuk Aedes bagi mengawal penularan penyakit denggi.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memulakan gerakan itu selama dua minggu di merata negara.

Dalam tempoh tujuh bulan ini, jumlah kes denggi di Singapura hampir mencecah 20,000.

Bilangan itu dijangka melepasi paras tertinggi 22,000 yang dicatatkan dalam tahun 2013.

Data NEA menunjukkan sebahagian besar daripada lebih 420 kelompok denggi tahun ini dikesan di bahagian timur Singapura.

Kelompok terbesar sekarang adalah di kawasan Aljunied-Geylang-Sims Avenue yang mempunyai 276 kes setakat ini.

Kelompok kedua terbesar pula di kawasan Senja dan Bukit Panjang Ring Road dengan 272 kes.

Kawasan kelompok-kelompok denggi itu mempunyai lebih 600,000 isi rumah.

NEA juga menyatakan 45 peratus pesakit denggi di dalam kelompok-kelompok aktif tinggal di kawasan perumahan HDB yang diurus oleh majlis-majlis bandaran.

Sepanjang dua minggu ini, NEA akan bekerjasama dengan majlis-majlis bandaran dalam memastikan longkang-longkang dan kawasan awam dibersihkan.

Majlis bandaran juga digesa untuk menyelaraskan rawatan kimia seperti penyemburan asap
untuk mengurangkan jumlah nyamuk dewasa. 

Sumber : CNA/HK/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan