Kerjasama Microsoft, Generation dan badan Pemerintah jana 1,000 peluang latihan dalam sektor IT
Ada sekitar 1,000 peluang latihan disediakan di bawah satu kerjasama antara pemerintah, syarikat Microsoft dan Generation, sebuah pertubuhan yang tidak meraih untung.
SINGAPURA: Mereka yang sedang mencari kerja dalam sektor teknologi boleh memohon untuk menyertai latihannya tidak lama lagi.
Ada sekitar 1,000 peluang latihan disediakan di bawah satu kerjasama antara pemerintah, syarikat Microsoft dan Generation, sebuah pertubuhan yang tidak meraih untung.
Kerjasama itu menyatukan rangkaian dan sumber sektor awam dengan kemahiran sektor swasta.
Matlamatnya adalah untuk melatih dan melengkapi para lulusan baru dan golongan pertengahan kerjaya menimba kemahiran teknikal yang dikehendaki sekarang seperti pembangunan perisian komputer.
Pada akhir latihan dua tahun itu mereka boleh memohon peluang pekerjaan dalam rangkaian rakan kerja Microsoft.
Jawatan-jawatannya seperti penganalisis data dan sokongan berasaskan Internet (cloud).
"Peranan digital dan teknologi terus mendapat permintaan besar, bukan hanya dalam sektor ICT tetapi di seluruh sektor ekonomi kerana semua sektor memerlukan huraian digital," kata Menteri Penerangan dan Perhubungan S Iswaran pada Khamis (10 Dis).
"Program yang diumumkan hari ini akan menambah 1,000 pekerjaan dan peluang menimba kemahiran bagi warga Singapura dan ini menjadikan peluang yang ada kepada lebih 21,000."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.