Kerjasama lebih terselaras perlu hadapi keperluan masyarakat yang kian kompleks: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan keperluan masyarakat yang semakin kompleks dalam dunia yang kian berubah dan tidak menentu, kerjasama lebih terselaras merentasi seluruh ekosistem bagi masyarakat kini menjadi semakin penting.
Menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, walaupun banyak usaha baik telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam masyarakat, pendekatan masa depan perlu lebih berhubung dan bersepadu.
“Apabila keperluan menjadi lebih kompleks, kita perlu bekerja secara lebih berhubung dan terselaras merentasi keseluruhan ekosistem. Ini lebih penting dalam dunia yang berubah dengan pantas dan tidak menentu,” katanya.
Dr Faishal berkata demikian semasa satu sesi dialog yang menghimpunkan lebih 120 pemimpin dari pertubuhan Melayu/Islam (MMO) dan India Islam (IMO), agensi M³ serta rakan komuniti.
Sesi tersebut menandakan kali pertama MMO dan IMO disatukan di bawah rangka kerja M³+ yang diumumkan Dr Faishal semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bulan lalu.

Beliau menjelaskan, inilah asas pemikiran di sebalik M³+, yang bertujuan mencerminkan realiti ekosistem lebih luas yang telah lama menyokong masyarakat.
Tambah beliau, pendekatan tersebut menekankan kerjasama berasaskan kekuatan masing-masing, dan bukan lagi model bekerja secara berasingan.
“Ia bukan soal hierarki, tetapi perkongsian. Bukan siapa memiliki program, tetapi apa yang terbaik untuk masyarakat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr Faishal turut menekankan bahawa peranan kepimpinan tidak semestinya datang daripada satu pihak sahaja.
“Akan ada masanya rakan komuniti memimpin dan pihak lain menyokong, terutama apabila mereka lebih dekat dengan isu dan mempunyai kepercayaan masyarakat,” katanya.

KERJASAMA LEBIH LUAS TAMBAH KEBERKESANAN DAN PERKUKUH SUMBER: PARA PEMIMPIN MMO DAN IMO
Kerjasama itu disambut baik oleh Pengerusi Penyelaras M³, Encik Raihan Rafiek.
"Bila kita ada gabungan ini, kita akan menggandakan kekuatan dan kesan kepada inisiatif ataupun bantuan yang dihulurkan ini dapat memberi kita kesan yang lebih baik untuk masyarakat Melayu Islam Singapura," katanya.
Berikutan sesi rangkaian itu, satu kertas kerja akan dibentangkan dengan menghimpunkan pandangan, kepakaran dan pengalaman daripada setiap agensi.
Pendekatan tersebut bertujuan untuk memperkukuh perancangan dan mengenal pasti keutamaan utama, dengan penekanan khusus kepada kepentingan masyarakat Melayu/Islam di Singapura, tambah Encik Raihan.
Buat IMO seperti Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML), gabungan itu penting kerana ia membolehkan agensi-agensi untuk menjalankan pelbagai usaha dengan lebih baik.
"Kita mungkin mempunyai sumber yang lebih kukuh, penyelarasan yang lebih mantap, dan melalui platform yang lebih besar seperti M³+, kita dapat meluaskan perkhidmatan kepada lebih ramai orang," kata Presiden SKML, Encik Raja Mohamad.
Sesi rangkaian tersebut akan diikuti dengan sesi-sesi lanjutan, kongsi Dr Faishal.
"Kami akan terus menganjurkan lebih banyak sesi bagi memperdalam kerjasama dan mengukuhkan hubungan antara agensi M³, Bidang Tumpuan, Bandar M3+ serta MMO, IMO dan kumpulan tidak formal," katanya.
Tambahnya lagi, sesi-sesi demikian adalah peluang untuk setiap pihak berkongsi pandangan, mengenal pasti aspek penyelarasan yang boleh diperbaiki, dan
menimbangkan bagaimana M³+ dapat mencerminkan lebih baik ekosistem lebih luas yang telah sekian lama berkhidmat kepada masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.