Skip to main content

Singapura

Kerjasama lebih rapat SG-China dalam tenaga boleh diperbaharui, logistik dan pendidikan

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama lebih rapat SG-China  dalam tenaga boleh diperbaharui, logistik dan pendidikan

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menandatangani perjanjian Artemis Accords pada 28 Mac 2022. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Syarikat-syarikat tempatan akan bekerja lebih rapat dengan rakan-rakan mereka dari China dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui, logistik dan pendidikan.

Ia hasil enam perjanjian yang dimeterai semasa Forum Perdagangan dan Pelaburan Singapura-China ke-5, pada Isnin (7 Nov) yang dihadiri sekitar 650 pemimpin perniagaan.

Misalnya, syarikat perbekalan SP Group dan pemerintah daerah Bandar Dezhou akan bekerjasama untuk membina stesen-stesen janakuasa suria di bandar itu.

Satu lagi perjanjian antara syarikat teknologi Singapura, CrimsonLogic, dengan sebuah perusahaan khidmat awam di Chongqing akan memastikan aliran barangan lebih licin antara kedua-dua negara.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata menjadi lebih terhubung dan berada di tengah-tengah Asia meletakkan Singapura dalam kedudukan baik untuk memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita