Skip to main content

Singapura

Kerjasama kukuh SG-Brunei bantu kedua-dua negara kekal dinamik, berdaya tahan: Lee Hsien Loong

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama kukuh SG-Brunei bantu kedua-dua negara kekal dinamik, berdaya tahan: Lee Hsien Loong

(Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook/MDDI)

SINGAPURA: Kerjasama yang kukuh antara Singapura dengan Brunei bakal membantu kedua-dua negara kecil ini kekal dinamik dan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Demikian menurut Menteri Kanan Lee Hsien Loon dalam satu catatan di Facebook pada Rabu (11 Sep).

Beliau juga berkata demikian semasa menjadi tuan rumah kepada Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah bersama isterinya, Sarah.

Lawatan Putera Al-Muhtadee Billah ke Singapura adalah sempena sambutan ulang tahun ke-10 Program Pemimpin Muda (YLP) antara Singapura dan Brunei tahun ini.

Encik Lee berkata: "Selama sedekad lalu, YLP menjadi platform penting bagi memupuk hubungan kukuh dan pertukaran yang bermakna antara pemimpin muda kita.

"Dunia kini semakin tidak dapat dijangka, dan ia penting untuk kami terus menyesuaikan diri. Kerjasama yang kukuh antara kedua-dua negara kecil ini akan membantu kita untuk terus dinamik dan berdaya tahan bagi cabaran masa depan."

Lawatan kali ini turut menyambut 40 tahun hubungan dua hala antara kedua-dua negara pada tahun ini.

"Sejak waktu mendiang Encik Lee Kuan Yew dan Sultan Omar Ali Saifuddien lagi, Brunei telah menjadi rakan kongsi utama serta rakan baik Singapura. Kami menyambut ulang tahun hubungan dua hala yang ke-40 tahun ini.

"Saya yakin bahawa kerjasama antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh," tambah Encik Lee.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita