Kerjasama firma S'pura-A*STAR lancar pembersih udara guna teknologi basmi koronavirus, bakteria
Teknologi yang boleh membasmi bakteria dan virus dilancarkan firma Singapura, Plasma Science hasil kerjasama dengan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR).
Trident MINI (kiri) dan Trident PLUS (kanan). (Gambar-gambar: Plasma Science)
Pembersih udara itu menggunakan apa yang dipanggil Teknologi Safe Air Dome.
Ketua Saintis Projek di Institut Penyelidikan dan Kejuruteraan Bahan A*STAR, Dr Ady Suwardi, berkata kajian saintifik itu dijalankan dengan kerjasama Plasma Science dan Yayasan Temasek untuk membuktikan bahawa teknologi tersebut berkesan.
"Kami tidak sabar untuk menyumbang kepada kesihatan awam dengan lebih baik dan mengurangkan risiko jangkitan dengan adanya teknologi pembasmian kuman seperti ini," tambah beliau.
Pembersih udara yang dinamakan siri Trident menjalani ujian percubaan di CTF@Expo dan di hab kesan sosial di Temasek Shophouse di Dhoby Ghaut, menurut Plasma Science.
Pembersih udara itu sudah digunakan di hospital Ren Ci dan pusat karaoke Teo Heng Family KTV.
JURANG DALAM PASARAN
Produk tersebut menangani jurang utama dalam pasaran pembersih udara konvensional, menurut Plasma Science.
Tidak seperti penapis konvensional, Trident kata Plasma Science menggunakan plat elektrostatik yang boleh dibasuh untuk memerangkap aerosol yakni semua jenis titisan dan habuk dalam udara serta kuman.
Dengan itu, ia dapat mengurangkan keperluan pengguna untuk menggantikan penapis secara kerap.
Pembersih udara itu juga ada ciri yang membolehkannya menyesuaikan kelajuan kipas secara automatik mengikut keadaan di sekeliling, sekali gus memastikan penggunaan tenaga yang optimum, menurut syarikat itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.