Kerjasama erat tangani COVID-19 berhasil jadikan M'sia-S'pura 'kawasan epidemiologi', kata Khairy Jamaluddin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
SINGAPURA: Hubungan serta kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura dalam menangani COVID-19 sudah menjadikan ia sebagai satu kawasan epidemiologi, yang akhirnya menyaksikan pembukaan sempadan kedua-dua negara setelah lebih dua tahun ditutup, menurut Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.
Kata beliau lagi, perkara itu sudah dikongsi bersama dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika beliau mengadakan kunjungan hormat untuk bertemu dengan PM Lee di Istana semasa dalam rangka lawatan kerja rasmi selama empat hari ke Singapura.
Encik Khairy berada di Singapura bermula 31 Mei sehingga 3 Jun sebagai Zamil Pertukaran Lee Kuan Yew yang ketujuh dari Malaysia.

“Pada pertemuan itu, PM Lee dan saya berkongsi pengalaman berhadapan dengan cabaran gelombang Delta dan Omicron sewaktu pandemik COVID-19,” kata beliau dalam kemas kini terkini di laman rasmi Facebooknya.
Encik Khairy turut menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PM Lee, pemerintah Singapura dan khususnya kepada Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) atas komitmen serta kerjasama yang sangat baik sepanjang pandemik COVID-19.
“Selain itu, kami juga bertukar-tukar pandangan tentang bagaimana untuk menjalani kehidupan selepas pandemik COVID-19 dengan selamat, peranan teknologi dalam mengukuhkan lagi penyampaian sistem kesihatan negara dan juga kepentingan memahami pendekatan sains, tingkah laku yang baik dalam usaha membentuk masyarakat yang bertanggungjawab,” tulis beliau.
Encik Khairy turut menyatakan hasrat untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala dengan Singapura dan “semoga kedua-dua negara serta penduduknya mendapat manfaat yang sebaiknya”.
Semasa lawatan ke Singapura, Encik Khairy turut bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat,Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin; Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean serta Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam.
Selain itu beliau juga bertemu dengan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Kewangan Lawrence Wong, rakan sejawatannya Ong Ye Kung dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo.
Sempena lawatan itu, Encik Khairy turut berucap di Sidang Puncak Asia Tech x Singapore (ATxSG) dan di Universiti Nasional Singapura, Sekolah Saw Swee Hock bagi Kesihatan Awam.
Ditubuhkan pada 1991, Zamil Pertukaran Lee Kuan Yew mempelawa individu yang cemerlang untuk mengadakan lawatan peringkat tinggi ke Singapura.
Individu dipilih berdasarkan rekod prestasi dan potensi luar biasa dalam menyumbang kepada pembangunan negara mereka dan hubungan dua hala dengan Singapura.
Encik Khairy merupakan Zamil Pertukaran Lee Kuan Yew yang ke-71.
Turut sama pada kunjungan hormat itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Azfar Mohamad Mustafar serta delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.