Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama erat SG, M'sia amat diperlukan sekarang, kata Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Mar 2023 07:05PM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 10:12PM
KUALA LUMPUR: Presiden Halimah Yacob berkata kini saat lebih penting berbanding masa lampau bagi Singapura dan Malaysia mengeratkan kerjasama.

Ini sedang landskap geopolitik yang terus berubah di sekeliling dua negara yang berjiran itu.

Puan Halimah berkata demikian di hari kedua lawatan rasmi ke Kuala Lumpur.

Lawatan negara pertama Presiden Halimah Yacob ke Malaysia disambut dengan upacara penuh istiadat di Istana Negara.

Sebagai tanda penghormatan, satu bunga orkid hibrid dinamakan sempena Presiden Halimah dan suami iaitu Vanda Halimah Yacob Mohamed.

Ini adalah kali pertama Malaysia melakukan sedemikian, sebagai tanda muhibah kepada diplomasi orkid Singapura.

Semasa acara jamuan negara, Presiden Halimah berkata kedua-dua negara berkongsi nasib yang saling terkait.

Lantaran itu, Singapura dan Malaysia perlu mengeratkan kerjasama di tengah-tengah landskap global yang semakin tidak menentu dan penuh cabaran.

"Sebagai anggota pengasas ASEAN dan rakan yang mempunyai pandangan yang sama, Singapura dan Malaysia mesti membantu rantau kita kekal bersatu dan berwibawa. Tanpa sekitaran luaran yang stabil, kita semua di ASEAN akan sukar untuk mengubah ekonomi kita dan memperbaiki kehidupan rakyat.

"Saya yakin Singapura dan Malaysia boleh bekerjasama untuk memajukan kepentingan kedua-dua negara serta kepentingan ASEAN," kata Puan Halimah.

Yang Dipertuan Agong Malaysia Sultan Abdullah Ahmad Shah juga berkongsi sentimen serupa.

Beliau berkata kedua-dua negara sentiasa menikmati hubungan yang teguh dan erat.

"Saya cukup percaya hubungan yang teguh antara rakyat kita akan terus menjadi faktor penting sebagai teras hubungan dua hala kita. Lawatan peringkat tinggi yang kerap antara para pemimpin dan pegawai kita dapat bantu membina persefahaman dan kepercayaan bersama," titah Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah.
Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan