Skip to main content

Singapura

Kerjasama CDC-Kong Meng San lancar dana S$4 juta bantu rakyat terkesan COVID-19

Kelima-lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) pada Sabtu (19 Dis) mengumumkan kerjasama dengan Biara Kong Meng San Phor Kark See (KMSPKS) untuk menubuhkan sebuah dana baru bernilai S$4 juta bagi membantu keluarga rakyat Singapura yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama CDC-Kong Meng San lancar dana S$4 juta bantu rakyat terkesan COVID-19

Biara Kong Meng San Phor Kark See (KMSPKS) di 88 Bright Hill Road. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 20 Dec 2020 07:37AM Dikemas Kini : 20 Dec 2020 07:39AM

SINGAPURA: Kelima-lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) pada Sabtu (19 Dis) mengumumkan kerjasama dengan Biara Kong Meng San Phor Kark See (KMSPKS) untuk menubuhkan sebuah dana baru bernilai S$4 juta bagi membantu keluarga rakyat Singapura yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Dana Bantuan COVID-19 Kong Meng San-CDC itu dihulurkan kepada semua rakyat Singapura tanpa mengira agama, yang kehilangan mata pencarian atau diberhentikan kerja di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Inilah kali pertama sesebuah institusi keagamaan mendermakan sumbangan sebesar S$2 juta kepada kelima-lima CDC untuk menyokong inisiatif Bantuan COVID-19.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Sabtu (19 Dis), biara itu menyatakan ia berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan membantu para penduduk yang memerlukan semasa tempoh yang mencabar ini.

Dengan sumbangan yang diterima, CDC akan memadankannya dengan lagi S$2 juta, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan Dana COVID-19 KMS-CDC sebanyak S$4 juta.

Dana Bantuan COVID-19 KMS-CDC itu dilancarkan pada Sabtu (19 Dis) melalui majlis yang diadakan di sebuah dewan KMSPKS dengan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli diundang sebagai tetamu terhormat.

Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Datuk Bandar Low Yen Ling, Datuk Bandar Desmond Choo, Alex Yam, Fahmi Aliman, serta Pengarah Abbot Sik Kwang Sheng, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan KMSPKS Chng Hwee Hong dan Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Rakyat Lim Hock Yu.

"Pertubuhan seperti KMSPKS memainkan peranan penting dalam mengukuhkan daya tahan masyarakat kita. Bersama-sama, kita membantu memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan dan mereka yang memerlukan bantuan boleh mendapat sokongan dan perhatian yang diperlukan," kata Cik Low.

"Kami berharap dana baru ini boleh menenangkan hati dan minda mereka yang terjejas oleh pandemik (COVID-19). Semoga hadiah ini membolehkan mereka melihat kebaikan di dunia dan menguatkan diri untuk mengatasi cabaran-cabaran dengan tabah dan bingkas," ujar Pengarah Abbot Sik Kwang Sheng.

SEHINGGA 8,000 KELUARGA BAKAL RAIH MANFAAT

KMSPKS dan rakan-rakan menyarakat seperti pertubuhan akar umbi akan mendampingi para penerima bantuan dana tersebut, yang dijangka akan membantu sehingga 8,000 keluarga dengan setiap keluarga yang layak menerima bantuan sekali sahaja sebanyak S$500.

Dana Bantuan COVID-19 KMS-CDC hanya dibuka kepada rakyat Singapura berusia 21 tahun ke atas yang menganggur buat masa ini dan kehilangan mata pencarian disebabkan oleh cuti tanpa gaji atau diberhentikan kerja dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan.

Bagi memastikan lebih ramai keluarga boleh meraih manfaat daripada dana tersebut, bantuan ini dikhususkan bagi keluarga yang belum pernah menerima Dana Bantuan COVID-19 lain yang ada kaitan dengan CDC.

Selain menyediakan bantuan kewangan, Cik Low berkata "CDC menawarkan program-program latihan semula dan pemadanan kerja yang membuka peluang kepada peluang kerja."

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita