Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama berbilang pihak penting bagi tangani krisis global, kata Dr Vivian Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2022 08:16PM Dikemas Kini : 10 Sep 2022 10:51PM
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata dunia kini dalam keadaan lebih bergolak dan berbahaya.

Berucap di Persidangan Kemanusiaan Palang Merah Singapura, beliau merujuk kepada krisis di Ukraine dan perubahan iklim yang mencetuskan pelbagai bencana di merata dunia.

Dr Balakrishnan menambah Singapura sangat yakin, apabila pengaturan berbilang pihak tertekan, adalah amat penting untuk bekerjasama dalam menangani masalah-masalah bersama.

Namun dalam menangani krisis global, tumpuan tidak harus diberikan kepada tindak balas segera sahaja.

Usaha juga perlu dilakukan bagi menangani punca masalahnya.

Ini dilakukan menerusi kerjasama berbilang pihak dan memanfaatkan modal sosial tempatan.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan