Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama baru buka peluang bagi jururawat, setiausaha lakukan kerja sukarela

Golongan jururawat dan setiausaha kini akan mempunyai lebih banyak peluang untuk melakukan kerja sukarela.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Oct 2021 08:12PM Dikemas Kini : 25 Oct 2021 10:01PM

SINGAPURA: Golongan jururawat dan setiausaha kini akan mempunyai lebih banyak peluang untuk melakukan kerja sukarela.

SGCares bekerjasama dengan Persatuan Jururawat Singapura dan juga Institut Setiausaha Bertauliah Singapura bagi meluaskan skop kesukarelawan berdasarkan kemahiran di Singapura.

Dua Memorandum Persefahaman ditandatangani hari ini (25 Okt).

Melalui perjanjian tersebut, lebih ramai setiausaha akan dapat menghulurkan bantuan di pertubuhan-pertubuhan bukan mencari untung.

Usaha itu akan dianggap sebagai sebahagian daripada keperluan Pengembangan Profesional mereka.

Jururawat juga akan diberikan wadah bagi menyokong masyarakat.

Dengan mendekati penjaga ahli keluarga yang memerlukan misalnya, jururawat dapat memberikan sokongan emosi yang kadang-kala kekurangan.

Mereka juga dapat mengongsi kemahiran mereka dalam topik-topik seperti jagaan paliatif dan kesihatan mental.

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan