Kerjasama baharu NYC cipta 3,000 peluang untuk belia terlibat kerja sukarela
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan muda daripada bahagian kesukarelawanan Majlis Belia Kebangsaan (NYC) bakal diberi lebih banyak peluang untuk berbakti serta membina sebuah masyarakat lebih inklusif.
Kerjasama tiga tahun antara Pasukan Belia Singapura dengan Taman di Persisiran akan menawarkan 3,000 peluang untuk kerja-kerja sukarela.
Dengan Singapura menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini, wadah sedemikian turut menggalakkan golongan muda untuk memikirkan tentang bagaimana mereka boleh menyumbang kepada negara.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat bagi Pasukan Belia Singapura, Cik Rahayu Mahzam, berkata: "Ia sebahagian daripada Rancangan Belia SG kami, daripada pihak Pasukan Belia dan NYC kerana kami sedang menghimpunkan golongan muda untuk membayangkan masa hadapan yang mereka dambakan.
"Tiada cara lebih baik untuk mencapainya, selain bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi masyarakat dan menyediakan program-program bermakna buat orang di sekeliling kita."
Pelbagai program akan ditawarkan di bawah perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua pertubuhan itu hari ini.
Antaranya, relawan muda menemani warga emas dalam lawatan berpandu serta membawa golongan kurang daya penglihatan untuk meneroka kawasan pelbagai deria di Taman di Persisiran.
NYC menyatakan, kerjasama sebegini menjadikan kerja-kerja sukarela lebih menarik.
CEO NYC David Chua berkata: "Gagasan bagi kerjasama sedemikian adalah untuk menggabungkan minat golongan muda dengan kepakaran pelbagai pertubuhan berbeza serta apa yang mereka tawarkan.
"Jadi apabila para belia tampil sebagai sukarelawan, mereka akan dapati ia bukan sahaja menyeronokkan, tetapi sangat boleh dilakukan."

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.