Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama baharu Komanwel bermanfaat buat SG: PM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama baharu Komanwel bermanfaat buat SG: PM Wong

Gambar: Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI)

Diterbitkan : 26 Oct 2024 06:20PM Dikemas Kini : 27 Oct 2024 09:37AM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Komanwel menawarkan cara-cara kerjasama baharu yang boleh memberi manfaat kepada Singapura - daripada perdagangan hingga ke tindak balas iklim.

Sebagai sebuah negara yang terbuka dan terdedah kepada persekitaran sejagat baharu, PM Wong berkata Singapura sedang menggandakan usaha untuk memperkukuh hubungannya dengan negara-negara lain, seperti menerusi Komanwel yang dianggotai 56 negara.

PM Wong berkata demikian kepada media Singapura di akhir Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM) di Samoa.

Komanwel ialah sebuah institusi unik yang merentasi enam benua.

Walaupun Komanwel rencam, ia berkongsi warisan yang sama, kata PM Wong.

56 negara anggota Komanwel kebanyakannya bertutur dalam bahasa Inggeris dan mempunyai sistem perundangan yang serupa.

"Dalam perbincangan kami, kami memikirkan bagaimana kami boleh memanfaatkan persamaan di antara kami itu, untuk mencari cara-cara baharu meniaga dan melabur,mempererat kaitan-kaitan ini, untuk menjadikannya lebih mudah bagi perniagaan beroperasi secara bersama serta bangkit sebagai sebuah blok yang lebih utuh," kata PM Wong.

"Saya fikir ada banyak manfaat daripada berbuat demikian, terutama pada masa ini apabila dunia menjadi semakin berpecah belah," tambahnya.

Misalnya, dalam soal menangani perubahan iklim, iaitu sebuah topik yang menjadi perbincangan utama Komanwel, memandangkan banyak negara anggotanya merupakan negara pulau seperti Singapura dan Samoa.

Negara-negara seumpama itu mudah terdedah kepada cuaca ekstrem dan paras air laut-laut yang meningkat.

Di pihaknya, Singapura berkongsi pelan tindakan dan strategi-strategi yang mampan dengan rakan-rakan anggotanya.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan