Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama antarabangsa amat diperlukan bagi keselamatan siber, kata Josephine Teo

Anggaran Waktu Membaca:

DAVOS, Switzerland: Kerjasama antarabangsa amat diperlukan dari segi keselamatan siber. 

Demikian ditekankan Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo pada Isnin (23 Mei). 

Cik Teo berkata demikian semasa berucap dalam sesi panel mengenai ramalan keselamatan siber sejagat di mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. 

Di samping perjanjian-perjanjian antarabangsa, Cik Teo menjelaskan bahawa setiap negara harus membina kapasiti tersendiri, supaya individu-individu yang mengendalikan sistem keselamatan siber negara sedia maklum bila mereka harus campur tangan pada waktu yang tepat. 

"Apa yang sudah kami lakukan adalah untuk bekerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa untuk cuba melakarkan program dan peluang-peluang latihan di rantau kami. Di ASEAN, misalnya, kami bekerjasama menubuhkan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber," ujarnya. 

Pusat latihan keselamatan siber serantau itu menyaksikan negara-negara anggota ASEAN bekerjasama untuk menjalankan kajian, berkongsi pengetahuan dan melatih respons terhadap ancaman siber. 

Cik Teo menambah, pusat yang dibuka pada Oktober tahun lalu, "diterima baik". 

"Banyak negara juga memutuskan untuk turut serta dan cuba berkongsi pengetahuan kerana dalam sektor keselamatan siber, kami mengakui sepenuhnya bahawa ia adalah kerjasama berpasukan, dan jika kami dapat menjadi setiap pemain itu handal, pasukan itu akan menjadi lebih kuat," katanya. 

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo dan Encik Iswaran berada di Davos selama empat hari. 

Mereka akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin pemerintah dan perniagaan dari pelbagai negara di WEF. 

Mereka diiringi para pegawai dari Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta kementerian Perhubungan dan Penerangan. 

Para pegawai Agensi Keselamatan Siber (CSA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) juga akan menyertai kumpulan tersebut. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan