Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama antara syarikat perlu untuk pupuk inovasi: S Iswaran

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama antara syarikat perlu untuk pupuk inovasi: S Iswaran

Gambar fail kawasan pusat bandar Singapura, CBD. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Menteri Pengangkutan, S Iswaran menggesa syarikat-syarikat supaya bekerjasama bagi memupuk inovasi.

Namun beliau akur tentang keprihatinan sesetengah syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk menjalin kerjasama antara satu sama lain.

Antaranya, kekurangan sumber dan faedahnya yang kurang pasti.

Encik Iswaran memberi jaminan bahawa Pemerintah mempunyai pelbagai skim bagi menyokong SME untuk melalui fasa pertumbuhan berikutnya.

"Kerjasama adalah cara paling berkesan untuk perniagaan melakukan inovasi. Namun, kami juga tahu bahawa hakikatnya, ia tidak begitu mudah. ​​

"Sebagai contoh, kami tahu bahawa syarikat teragak-agak untuk berkongsi maklumat asas, hak milik tentang projek yang sedang berjalan. Kebimbangan ini menjejas kemungkinan bagi sebarang kerjasama. Dan sebenarnya, kita perlu mencari jalan untuk mengatasi kebimbangan ini, keraguan ini, supaya kita boleh menggalak kerjasama," kata Encik Iswaran.

Berucap di majlis penyampaian anugerah Dewan Perniagaan Antarabangsa Singapura (SICC) pada Khamis malam (6 Okt), Encik Iswaran juga menggesa syarikat-syarikat supaya memanfaatkan bakat pekerja masing-masing.

Beliau berkata apabila ekonomi berkembang maju dan syarikat menjadi lebih pelbagai, firma mempunyai peluang yang lebih luas untuk memanfaatkan gabungan kepakaran mereka.

Idea para pekerja, katanya, merupakan satu lagi faktor penting dalam inovasi.

Anugerah SICC itu adalah untuk meraikan kejayaan kerjasama komersil antara syarikat.
Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan