Kerjasama antara pemerintah, sektor swasta dan masyarakat Islam bantu bina institusi teguh: Masagos
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Rosli A Razak
SINGAPURA: Kerjasama yang bermakna antara pemerintah, sektor swasta dan masyarakat Islam membantu membina institusi yang teguh dan berdaya tahan.
Ini ditekankan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli semasa menyertai satu perbincangan panel yang menutup acara Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) pada Sabtu (10 Sep).
Antara topik yang dibincangkan oleh anggota panel adalah cabaran global semasa dan akan datang yang memberi kesan kepada masyarakat yang berbilang agama.
Ini, selain bagaimana masyarakat Muslim dapat mempersiapkan diri bagi menghadapi dan berurusan dengan isu-isu yang lebih kompleks.
Garisan sempadan antara agama dengan sekular dalam konteks kepelbagaian yang meningkat serta ketegasan hak beragama individu lebih tinggi hari ini, turut ditimbulkan.
Dalam berkongsi pengalaman Singapura, Menteri Masagos Zulkifli menarik perhatian tentang penubuhan MUIS sebagai sebuah badan berkanun apabila AMLA dikuatkuasakan pada 1968.
"Ini berlaku pada masyarakat kita semasa kita mendapat kemerdekaan pada 1965. Banyak isu yang perlu diselesaikan. Antara pilihan pemimpin kita adalah untuk memberikan kesahihan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam atau AMLA di mana ia membolehkan kita mentadbir undang-undang yang penting kepada masyarakat Islam seperti pentadbiran masjid, pengurusan zakat dan yang berkaitan keluarga.
"Ini kerana Pemerintah akui bahawa ia berhubung kait dengan budaya, dan penting dari segi agama," jelas Encik Masagos.

Pilihan tersebut kata beliau telah mendatangkan kesan dan manfaat yang begitu besar kepada masyarakat.
Menurut beliau, apabila MUIS ditubuhkan, ia telah menjalankan banyak fungsi yang membolehkan masyarakat Muslim menjadi masyarakat yang bangga.
Encik Masagos turut melahirkan rasa sukacita dengan sidang dua hari ini yang membolehkan perkongsian pendapat dan pengalaman dari peserta dari negara minoriti Islam yang progresif.
"Aspirasi kami menganjurkan acara sebegini adalah untuk membina sebuah badan pengetahuan yang boleh dipercayai, yang boleh kami harapkan bukan sahaja buat Singapura tetapi untuk setiap masyarakat yang tinggal dalam persekitaran yang sama seperti kami, minoriti di negara sekular.

"Bagaimana kita dapat hidup dalam masyarakat yang lebih besar dan untuk memberi sumbangan yang berkesan, berdasarkan nilai-nilai yang baik dari segi Islam dan juga tidak kehilangan tradisi agama Islam. Ia satu matlamat yang sangat tinggi dan kami memerlukan masa untuk sampai ke sana," kata Encik Masagos.
Lebih 500 perwakilan dari dalam dan luar negara hadir di sidang dua hari itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.