Kerja peningkatan di Geylang Serai rasmi dimulakan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kerja-kerja pembinaan Jalur Budaya Geylang Serai rasmi dimulakan hari ini (10 Jun) dengan majlis pecah tanah dirasmikan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman pagi tadi.
Kerja-kerja peningkatan itu akan dijalankan di tiga kawasan iaitu di luar Joo Chiat Complex, luar Pasar Geylang Serai dan persimpangan ikonik di kawasan berkenaan.
Projek itu merangkumi pembangunan ruang-ruang awam yang baru, prasarana yang lebih baik seperti laluan pejalan kaki yang berteduh dan tanjakan bagi pengguna kerusi roda.
Sebuah gerbang juga akan dibangunkan di persimpangan Geylang Road antara Pasar Geylang Serai dan bangunan Tristar Inn.
"Kami akan membina satu gerbang, gerbang yang begitu indah menjadi gerbang ikon untuk masyarakat kita, untuk rakyat Singapura," kata Dr Maliki Osman.
Beliau juga berkongsi bahawa kerja-kerja peningkatan itu akan dilakukan secara bertahap-tahap dan dirancang dengan teliti supaya tidak mengganggu perniagaan-perniagaan di kawasan tersebut.

"Kita pastikan bahawa laluan bagi para pelawat ke pasar Geylang Serai ini tidak akan terganggu. Jadi orang ramai yang masih terus ingin datang ke Pasar Geylang Serai tidak akan merasai bahawa keadaan ini begitu sukar untuk mereka datang. Jadi kita akur dan prihatin dengan keadaan yang akan dihadapi, kita akan cuba memastikan bahawa laluan untuk mereka datang ke sini tidak akan terganggu. Begitu juga dengan Joo Chiat Complex," jelas Dr Maliki.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa yang menerajui projek itu akur akan cabaran-cabaran yang harus dihadapi jawatankuasa setakat ini.
"Keadaan sedia ada begitu mencabar kerana kita melihat banyak bangunan-bangunan yang sedia ada dan juga pokok-pokok yang begitu matang di kawasan ini yang mungkin mereka tidak mahu ketepikan dan ini merupakan satu cabaran di mana pereka kami, arkitek-arkitek harus melihat bagaimana kami menyesuaikan keadaan dan memastikan kita dapat satu pembaharuan yang sama-sama kita dapat nikmati," kongsi Dr Maliki Osman.
Kerja-kerja itu dijangka selesai pada suku ketiga 2024.

Usaha tersebut diharap dapat menghidupkan lagi kawasan Geylang Serai dengan kemudahan-kemudahan yang dipertingkat.
Selain itu, projek peningkatan lain di kawasan itu termasuk bangunan Tanjong Katong Complex yang dijangka siap hujung 2026.

ANJUNG@WGS TARIK 100,000 PENGUNJUNG
Dalam ucapannya di majlis pecah tanah itu, Dr Maliki juga berkongsi perkembangan ruang Anjung@WGS yang dirasmikan tahun lalu.
Sejak pembukaan rasminya Julai lalu, kemudahan baru itu berjaya menarik 100,000 pengunjung dan kadar penggunaannya mencecah sekitar 95 peratus.
Ini termasuk penganjuran pelbagai kegiatan sukan dan masyarakat.
"Saya gembira untuk berkongsi sehingga hari ini, pasukan WGS menganjurkan banyak kegiatan di Anjung@WGS dan mengadakan pertandingan di peringkat Asia bagi Kejuaraan Tinju Wanita Singapura dan perlawanan Pesta Sukan. Anjung@WGS juga kini tempat utama bagi penganjuran kebanyakan pertandingan Silat dan Sepak Takraw," kata Dr Maliki yang juga merupakan Menteri Kedua Pendidikan.
Ruang bersebelahan bangunan utama WGS itu juga digunakan bagi acara kemasyarakatan dan kebudayaan seperti bazar Ramadan dan Malam Citrawara.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.