Kerja pengukuhan terowong CCL tepati jadual bagi tarikh akhir April; 10% cincin keluli sudah dipasang
Penumpang di stesen MRT Serangoon mengikuti laluan ke bahagian lain platform Laluan Circle bagi mengurangkan kesesakan pada 19 Jan 2026. (Gambar: CNA/Justin Ong)
This audio is generated by an AI tool.
Gangguan khidmat yang dirancang itu bermula pada 17 Januari dan dijadual berakhir pada 19 April.
Sepanjang tempoh itu, khidmat MRT antara tiga stesen Laluan Circle iaitu di Mountbatten, Dakota dan Paya Lebar akan ditawarkan di satu platform.
Dalam temu bual di stesen MRT Serangoon pada Rabu, Cik Sun berkata jumlah marsyal dan sukarelawan yang dikerahkan ke lapangan berkemungkinan akan dikurangkan selepas sekian waktu sedang semakin ramai penumpang mula mengenali laluan baharu.
Beliau berkata sepanjang lima hari bekerja lalu, kira-kira 30,000 penumpang menggunakan khidmat bas ulang-alik yang menghubungkan stesen-stesen yang terjejas.
"Saya sudah bercakap dengan beberapa penumpang, yang berkongsi bahawa penyesuaian khidmat itu menambah masa perjalanan mereka selama kira-kira 10 hingga 20 minit, tetapi ia masih boleh dikawal," kata Cik Sun
"Kami juga pastikan mereka selesa, dan terdapat tempat perlindungan bagi mereka ketika mereka menunggu ketibaan khidmat bas ulang-alik."
Cik Sun juga menyentuh tentang beberapa inisiatif pengangkutan yang dilancarkan bersama dengan gangguan khidmat CCL yang dirancang.
Sebagai contoh, program rintisan selama setahun yang menawarkan khidmat perjalanan secara percuma antara stesen Punggol Coast dengan Kovan di luar waktu sibuk di Laluan Timur Laut (NEL) dan perubahan terhadap program Travel Smart Journeys (Perjalanan Bijak) yang menjadikannya lebih mudah mendapatkan diskaun tambang.
"Kami menyaksikan sesetengah penumpang menukar waktu perjalanan mereka. Ada yang memilih untuk melakukan perjalanan di Laluan Timur Laut, yang membantu kita sedang kita membuat pelarasan perkhidmatan di Laluan Circle," kata Cik Sun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.