Skip to main content

Singapura

Kerja penggalian bagi 3 stesen terakhir Laluan Circle bermula pertengahan 2019

Kerja-kerja penggalian bagi lanjutan Laluan Circle terdiri daripada tiga stesen dijangka bermula pada pertengahan 2019, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja penggalian bagi 3 stesen terakhir Laluan Circle bermula pertengahan 2019

Tiga stesen baru akan menghubungkan Laluan Circle. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 06:47PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 07:03PM

SINGAPURA: Kerja-kerja penggalian bagi lanjutan Laluan Circle terdiri daripada tiga stesen dijangka bermula pada pertengahan 2019, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (28 Sep).

Stesen-stesen berkenaan - Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road - akan melengkapi Laluan Circle dengan menghubungkan stesen HabourFront dengan stesen Marina Bay.

Kerja-kerja binaan bagi ketiga-tiga stesen terakhir bermula pada April dan prosesnya berjalan lancar, menurut LTA.

"Pemasangan tembok penahan tanah dan struktur-struktur penstabil bagi stesen bawah tanah, depot dan terowong-terowong berjalan lancar.

"Selepas itu, kerja-kerja penggalian dijangka mula dijalankan pada pertengahan tahun 2019," menurut LTA.

Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road sebelum ini digunakan sebagai nama sementara ketiga-tiga stesen itu sedang pihak berkuasa mempelawa saranan orang ramai.

Nama-nama itu kini dimuktamadkan, umum LTA hari ini (28 Sep), selepas menimbangkan saranan orang ramai dan mendapat kelulusan Lembaga Nama-Nama Jalan dan Bangunan (SBNB).

LTA menambah, ia sudah berunding dengan agensi-agensi seperti Lembaga Warisan Negara dan Panel Sumber Jawatankuasa Penterjemahan Nasional bagi penterjemahan nama-nama kepada Mandarin, Melayu dan Tamil.

Orang ramai dipelawa pada Mei 2017 untuk menghantar saranan bagi nama-nama stesen tersebut.

Namun, jumlah penyertaannya rendah menurut LTA, yang menambah bahawa di masa depan, ia akan menyenarai pendek tiga nama bagi setiap stesen berdasarkan saranan orang ramai, penasihat akar umbi dan pakar akademik, sebelum menyerahkan nama-nama itu kepada SBNB untuk pertimbangan terakhir.

Ini serupa dengan amalan memberikan nama untuk jalan-jalan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita