Skip to main content

Singapura

Kerja pembersihan di Sentosa, Taman East Coast diteruskan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kerja-kerja membersihkan tumpahan minyak di sebahagian pantai di Sentosa dan darat diteruskan pada Ahad (16 Jun).

Di Pantai Tanjong, Sentosa, sebuah syarikat tindak balas tumpahan minyak Sentosa Development Corporation meneruskan usaha membersihkan minyak dari pantai pada awal pagi.

Apabila Mediacorp melawat pada pukul 11.00 pagi, bau asap petrol masih boleh dikesan dari pintu masuk ke Pantai Tanjong. Bau tersebut lebih kuat ketika menghampiri laut.

Tumpahan minyak masih boleh dilihat di laut dan kawasan berbatu berhampiran pantai, serta pantai.

Beberapa tompok pasir boleh dilihat, yang dilitupi minyak.
Pantai Palawan, Siloso dan Tanjong masih dibuka untuk orang awam, namun kegiatan berenang dan laut tidak dibenarkan buat sementara waktu.

Pantai Tanjong dikepung, meskipun ia tidak menghalang sejumlah pengunjung di Kelab Pantai Tanjong.

Bebebrapa kumpulan keluarga, termasuk kanak-kanak, berenang di kolam renang kelab tersebut dan makan di kawasan terbuka, manakala terdapat beberapa pengunjung yang berlari di pantai.

Di bahagian barat Pantai Palawan, tumpahan minyak kelihatan lebih kecil berbanding di Pantai Tanjong.

Di Taman East Coast, kawasan pantai dari kawasan B hingga H ditutup buat kerja-kerja pembersihan.

Pada Ahad (16 Jun) petang, para pekerja di kawasan B memindahkan batu dilitupi minyak dari pantai menggunakan pad serap minyak serta penyodok.

Jeti dan Pantai Berbatu Hutan Simpanan Labrador juga ditutup.

18 kapal pembersihan minyak dan kira-kira 1,500 meter kontena penghadang digunakan untuk menghalang minyak daripada tersebar, serta memudahkan usaha pembersihan, dedah pihak berkuasa pada Sabtu (16 Jun).
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita