Skip to main content

Singapura

Kerja peluasan rangkaian kereta api Laluan Circle selesai lebih awal

Semua khidmat kereta api di Laluan Circle (CCL) akan menyambung semula operasi mulai Sabtu ini (6 Apr) kerana kerja-kerja peluasan rangkaian kereta api selesai lebih awal daripada yang dijadualkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja peluasan rangkaian kereta api Laluan Circle selesai lebih awal

(Gambar: Facebook/Chee Hong Tat)

Diterbitkan : 03 Apr 2024 12:52PM
SINGAPURA: Semua khidmat kereta api di Laluan Circle (CCL) akan menyambung semula operasi mulai Sabtu ini (6 Apr) kerana kerja-kerja peluasan rangkaian kereta api selesai lebih awal daripada yang dijadualkan.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (3 Apr).

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa penyepaduan CCL dengan rangkaian kereta api sedia ada selesai lebih sebulan lebih awal daripada yang dijadual... khidmat kereta api di laluan Circle akan kembali beroperasi mulai Sabtu ini, 6 April 2024," menurut LTA dalam satu catatan Facebook.

Khidmat-khidmat kereta api itu termasuk stesen-stesen Harbourfront, Telok Blangah, Labrador Park dan Kent Ridge.

LTA dan pengendali pengangkutan SMRT sebelum ini menyatakan bahawa waktu operasi Laluan Circle dan Thomson-East Coast (TEL) akan lebih singkat pada sesetengah hari disebabkan oleh kerja-kerja peluasan rangkaian kereta api mulai Oktober 2023 hingga Mei 2024.

Menyepadukan Peringkat 6 Laluan Circle dengan rangkaian kereta api sedia ada memerlukan penyesuaian sementara bagi khidmat laluan itu, dengan pihak berkuasa sebelum ini menyatakan satu gerabak di stesen Telok Blangah dan Harbourfront akan ditutup buat sementara waktu mulai 20 Januari hingga 24 Mei.

Kerja-kerja landasan kereta api dapat diselesaikan dalam masa 77 hari berbanding 126 hari yang dirancang sebelum ini, menurut LTA.

"Ini membolehkan kita untuk kembali beroperasi seperti biasa dan mengurangkan kesulitan terhadap para penumpang," menurut LTA.

"Dengan ini, kerja-kerja di Laluan Circle akan selesai dengan baik, dan kita boleh mengalu-alukan pembukaan tiga stesen terakhir - Keppel, Cantonment dan Prince Edward, menjelang 2026," kata Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat menerusi catatan Facebook.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita