Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja naik taraf sekolah, pembinaan sekolah rendah baru di Tampines North tertangguh dek COVID-19

Projek prasarana di beberapa sekolah tertangguh sejak langkah-langkah jarak selamat  dilaksanakan bertujuan untuk membendung penularan COVID-19.  Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (27 Mei), penangguhan itu  akan membawa kesan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja naik taraf sekolah, pembinaan sekolah rendah baru di Tampines North tertangguh dek COVID-19

Para pelajar Sekolah Rendah Innova menyelesaikan tugasan pembelajaran di rumah (HBL) di sekolah.

Diterbitkan : 27 May 2020 03:55PM Dikemas Kini : 27 May 2020 04:00PM

SINGAPURA: Projek prasarana di beberapa sekolah tertangguh sejak langkah-langkah jarak selamat dilaksanakan bertujuan untuk membendung penularan COVID-19. Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (27 Mei), penangguhan itu akan membawa kesan.

"Langkah-langkah ini menjejas pengeluaran dan penghantaran bahan-bahan binaan serta kerja-kerja binaan di tapak," jelas kementerian itu.

Sekolah Rendah Bukit View, yang sepatutnya dijadualkan berpindah ke sebuah tapak sementara Januari tahun depan sementara tapak tetapnya menjalani kerja naik taraf, kini akan berpindah pada Januari 2022. Ia akan berpindah semula ke tapak tetapnya pada Januari 2024.

Sekolah Rendah Mayflower, yang sekarang ini di tapak sementara, akan beroperasi semula di tapak tetapnya yang dinaik taraf pada Januari 2022 dan bukan Januari tahun depan.

Menurut MOE, sebuah tadika MOE yakni MK@Mayflower,yang terletak di sekolah tersebut, akan dibuka seperti dirancangkan pada Januari tahun depan tetapi di tapak sementara Sekolah Rendah Mayflower.

Sekolah Rendah Pei Hwa Presbyterian, yang sedang dinaik taraf untuk menjadi sebuah sekolah satu sesi, akan hanya membuat peralihan itu pada Januari 2022 dan bukan Januari tahun depan, seperti dirancangkan.

Sekolah Rendah St Margaret's, yang kini berada di sebuah tapak sementara, akan berpindah semula ke tapak asalnya yang dinaik taraf pada Januari 2023 dan bukan Januari 2022.

Kesemua empat kampus itu dikenal pasti untuk menjalani kerja peningkatan sejajar dengan saranan Jawatankuasa Semakan dan Pelaksanaan Pendidikan Rendah untuk menerapkan lebih banyak ruang bagi pembelajaran keterlibatan dalam bidang-bidang akademik dan bukan akademik.

MOE menyatakan ia akan terus memantau dan menilai kesan keadaan COVID-19 ke atas kerja-kerja binaan yang sedang dijalankan sekarang.

"Sekolah-sekolah akan membuat pengaturan sewajarnya semasa tempoh terjejas untuk memastikan semua pelajar terus mendapat sekitaran pembelajaran yang kondusif," tambah MOE.

PEMBUKAAN SEKOLAH BARU TERTANGGUH

MOE merancang bagi sebuah sekolah rendah baru dibuka di Tampines North pada Januari tahun depan bagi memenuhi permintaan meningkat
di kawasan tersebut.

"Bagaimanapun, keadaan COVID-19 menyebabkan rancangan ini terpaksa ditangguhkan dan sekolah baru itu sebaliknya akan siap menjelang lewat 2021," jelas MOE.

Apabila kampus baru itu siap kelak, Sekolah Rendah Angsana akan dipindahkan ke tapak itu pada Januari 2022 untuk "mencapai pengagihan sekolah rendah keseluruhan yang lebih baik di kawasan itu", tambah MOE.

Bagi pendaftaran Darjah 1 mulai 1 Julai, keutamaan jarak antara rumah dengan sekolah akan berdasarkan tapak Sekolah Rendah Angsana sekarang ini, menurut MOE.

Tadika MOE yang terletak di tempat sama, MK@Angsana, juga akan dibuka di kampus baru pada 2022 seperti diumumkan sebelum ini.   

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan