Kerja naik taraf Masjid Khadijah hampir selesai; bakal tempatkan pusat sumber lebih besar

Masjid Khadijah (Gambar: Izwan Ohtman/BERITAmediacorp)
SINGAPURA: Kerja-kerja ubah suai kini hampir selesai bagi Masjid Khadijah, iaitu salah sebuah pusat penting dalam usaha negara melawan pengganasan dan pelampauan.
Masjid itu akan menempatkan sebuah pusat sumber lebih besar lagi bagi membantu pemulihan orang-orang yang menjadi radikal.
Kerja-kerja peningkatan di masjid yang terletak di Geylang Road itu bermula sejak dua tahun lalu.
Masjid tersebut akan mempunyai sebuah dewan serbaguna yang baru dan sebuah galeri luar dewan.
Berusia sekitar 103 tahun, Masjid Khadijah juga akan mempunyai gerbang dan ruang tamu yang baru.
Pusat sumber yang dikendalikan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dijangka meluaskan lagi operasinya.
Lebih 15,000 pengunjung sudah melawat galeri RRG itu sebelum pandemik tercetus.
"Kami di Masjid Khadijah dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan sangat menanti-nantikan siapnya kerja naik taraf ini. Dalam pada itu kami juga tidak sabar untuk berkhidmat kepada masyarakat," kata Ustaz Mohamed Feisal, seorang kaunselor RRG.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.