Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja naik taraf Masjid Darul Makmur bernilai S$14 juta dijangka bermula suku pertama 2023

Selepas 35 tahun didirikan, Masjid Darul Makmur dijangka menjalani kerja-kerja naik taraf berskala besar mulai suku pertama tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja naik taraf Masjid Darul Makmur bernilai S$14 juta dijangka bermula suku pertama 2023

(Gambar: Nurhelmy Hakim)

BERITAmediacorp: Selepas 35 tahun didirikan, Masjid Darul Makmur dijangka menjalani kerja-kerja naik taraf berskala besar mulai suku pertama tahun depan.

Projek bernilai S$14 juta itu melibatkan perluasan ruang solat, menambah bilik darjah dan menyediakan kemudahan mesra pengguna.

Pengarah Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan M Rais memberitahu BERITAmediacorp terdapat keperluan mendesak untuk menambah ruang masjid.

"Dalam masa ini, kita tahu masyarakat daerah Yishun sudah bertambah. Penambahan ruang solat adalah perlu kerana terutamanya semasa solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha para jemaah akan membanjiri melebihi kawasan perkarangan dewan solat," kata Encik Izuan.

Menurut beliau, pada masa ini sehingga 1,000 jemaah terpaksa bersolat di kawasan luar masjid semasa solat Hari Raya.

''

"Kita akan menambah sebanyak 1,600 ruang solat untuk jemaah. Sekarang ini, ruang solat selesa untuk 2,500 jemaah," tambahnya. 

''

Bagi menampung penambahan tersebut, sebuah struktur baru setinggi tiga tingkat, lengkap dengan sebuah lif, akan dibina di ruang legar masjid.

Lebih banyak bilik darjah, tempat berwudhu dan tandas juga akan disediakan.

"Kita ada sebanyak tujuh bilik darjah, termasuk bilik darjah untuk kelas-kelas tadika. Selepas kerja-kerja naik taraf nanti, kita akan ada sebanyak 13 bilik darjah. 

''

"Sekiranya diperlukan, kita adakan seminar seumpamanya dan memerlukan ruang lebih besar, kelas-kelas ini boleh kita satukan - tiga kelas menjadi satu - supaya boleh tampung lebih ramai peserta," tambah Encik Izuan 

Pihak masjid akan juga menggunakan kesempatan itu untuk menggantikan beberapa kelengkapan dan peralatan masjid yang sudah lama.

''

"Dalam masa beberapa tahun ini, ada juga peluang untuk kita menambah baik sistem teknologi seperti alat pembesar suara atau projektor. Barang-barang di masjid juga semakin lusuh. Misalnya, kita juga perlu menggantikan permaidani, langsir-langsir. Dengan kerja-kerja ubah elok nanti, permaidani akan menjadi lebih lusuh."

''

KEGIATAN KEAGAMAAN AKAN DITERUSKAN
 
Kerja-kerja peningkatan dijangka mengambil masa dua tahun.

Pihak masjid sudahpun melakarkan pelan tindakan bagi memenuhi keperluan ibadah jemaah termasuk sepanjang bulan Ramadan akan datang.

''

"Meskipun masjid tidak ada secara fizikal, usaha-usaha untuk mendekatkan diri kepada masyarakat akan dipertingkatkan. Contohnya, kita akan adakan syarahan-syarahan di bawah blok atau di kawasan kejiranan terdekat. Kita juga merancang untuk bekerjasama dengan qariah-qariah serta akar umbi lain untuk kita adakan program bersama untuk kita dekatkan diri kepada masyarakat."

"Sudah ada perancangan juga untuk menunaikan solat Tarawih di kawasan kejiranan. Itu sudah dibincangkan dengan para anggota parlimen (AP) setempat dan penasihat akar umbi. Mereka memberikan sokongan tetapi kita perlu tahu bila untuk mulakannya," kongsi Encik Izuan.

Malah beberapa program Masjid Darul Makmur seperti kelas-kelas tadi sudahpun dipindahkan ke Masjid Assyafaah di Sembawang.

LAGI S$7 JUTA DIPELRUKAN

Sebanyak S$7 juta diperlukan untuk projek naik taraf Masjid Darul Makmur. 

"Sekarang ini disebabkan COVID-19 dan kenaikan harga dek ekonomi yang tidak menentu, kos juga meningkat. Kita mendapati kita memerlukan S$13 juta hingga S$14 juta untuk menyempurnakan semuanya," jelas Encik Izuan. 

'

Orang ramai yang mahu menyumbang kepada usaha naik taraf tersebut boleh menghubungi pihak masjid atau melalui cara-cara berikut:

- PayNow ke UEN: S87MQ0033J atau pemindahan bank ke Akaun Semasa OCBC 581-652138001

- Menerusi cek atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR'; dihantar melalui pos ke 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099

- Melalui pejabat Masjid Darul Makmur di 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan