Kerja naik taraf Masjid Ar-Raudhah bagi sediakan lebih banyak ruang solat, keselesaan jemaah
- Masjid Ar-Raudhah in Bukit Batok has been undergoing upgrading works since last July, for the first time since it was built in 1993, and the project is expected to be completed by the end of 2028.
- Prayer capacity will increase from 3,500 to 4,000 congregants, but while the works are under way, the mosque can accommodate only about 2,000 congregants and the women’s Friday prayer space has been temporarily suspended.
- Acting Minister-in-charge of Muslim Affairs Zaqy Mohamad said the upgrading supports the mosque’s role as a centre for worship, knowledge and the community, while Masjid Ar-Raudhah chairman Zuraimi Abdul Basheer stressed better access for the elderly and people with disabilities.
- The S$9.4 million project still requires S$2.3 million, with funds being raised through community programmes, while the mosque is targeting BCA Green Mark SLE certification.
- Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok sedang dinaik taraf sejak Julai lalu, buat kali pertama sejak dibina pada 1993, dan projek dijangka siap hujung 2028.
- Kapasiti solat akan meningkat daripada 3,500 kepada 4,000 jemaah, tetapi sepanjang kerja berjalan, masjid hanya menampung sekitar 2,000 jemaah dan ruang solat Jumaat wanita dihentikan sementara.
- Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad berkata naik taraf ini menyokong peranan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan masyarakat, manakala Pengerusi Masjid Ar-Raudhah Zuraimi Abdul Basheer menekankan akses lebih baik untuk warga emas dan golongan kurang upaya.
- Projek bernilai $9.4 juta itu masih memerlukan $2.3 juta, dengan dana dikumpul melalui program masyarakat, sambil masjid menyasar pensijilan Tanda Hijau SLE BCA.
SINGAPURA: Lebih banyak ruang solat dan kemudahan baharu akan tersedia apabila kerja-kerja naik taraf Masjid Ar-Raudhah selesai pada hujung tahun 2028.
Kerja-kerja naik taraf sudah mula dijalankan sejak Julai lalu.
Ia merupakan kali pertama sebarang kerja naik taraf dilakukan sejak masjid tersebut dibina pada 1993.
TAMBAH RUANG SOLAT, LEBIH SELESA UNTUK JEMAAH
Buat masa ini, Masjid Ar-Raudhah hanya mampu menampung 3,500 jemaah dalam satu-satu masa.
Dengan peningkatan itu, jumlah ruang solat akan ditambah kepada 4,000.
Sepanjang tempoh kerja naik taraf dijalankan, masjid akan terus beroperasi seperti biasa dan dibuka untuk jemaah bagi solat harian dan dua sesi solat Jumaat.
Selain menyediakan ruang yang lebih selesa, kerja naik taraf itu juga mengambil kira peranan masjid yang kini semakin meluas, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad.
"Kita juga melihat peranan masjid hari ini sudah lebih luas, di mana kita melihat masjid ini bukan sahaja tempat kita beribadah tapi juga bagaimana kita dapat menimba ilmu, dapat menjalankan projek-projek kemasyarakatan, aktiviti dan sebagainya untuk membawa masyarakat ke masjid," katanya.
Sepanjang tempoh kerja naik taraf itu dijalankan, masjid di Bukit Batok itu hanya dapat menampung sekitar 2,000 jemaah dalam satu-satu masa, berbanding kapasiti asal seramai 3,500 jemaah.
Ruang solat wanita bagi solat Jumaat juga ditiadakan buat sementara waktu.
Pihak masjid terus memantau keadaan jika kerja naik taraf menjejas keselesaan para jemaah untuk beribadah.
"Kita sedang meneliti dan memantau keadaan, dan sedang berbincang dengan agensi-agensi di mana kita melihat jika ruang sementara boleh diberi semasa projek ini dilakukan," jelasnya.
LAGI S$2.3 JUTA DIPERLUKAN
Selain menambah ruang solat, kerja naik taraf itu juga akan meningkatkan akses bebas halangan, menaik taraf bilik darjah, pejabat pentadbiran dan tandas serta menyediakan ruang berbumbung baharu di kawasan halaman masjid.
Sistem audio visual dan keselamatan juga akan dipertingkat.
Menurut Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Zuraimi Abdul Basheer, keutamaan diberi kepada meningkatkan kemudahan akses kepada warga emas dan mereka yang mereka yang mempunyai keperluan mobiliti.
"Kami akan mempunyai kemudahan baharu, tandas akan diperbaiki. Kami juga akan menyediakan akses kepada golongan kurang upaya, di mana tanjakan akan dibina," kongsi Encik Zuraimi.
Secara keseluruhannya, projek naik taraf Masjid Ar-Raudhah menelan belanja sebanyak S$9.4 juta.
Pihak masjid masih perlukan S$2.3 juta bagi menampung kos projek tersebut.
Usaha mengumpul dana kini dipergiat menerusi pelbagai program dan kegiatan mendekati masyarakat.
Masjid Ar-Raudhah juga menyasarkan untuk meraih pensijilan Tanda Hijau Sangat Cekap Tenaga (SLE) daripada Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).
Usaha tersebut sejajar dengan usaha meningkatkan kecekapan tenaga dan kemampanan alam sekitar masjid itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.