Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja naik taraf di Laluan Circle jelang pembukaan 3 stesen baru pada 2025

Kerja-kerja naik taraf sudah dimulakan di Laluan Circle (CCL) sebagai persediaan bagi pembukaan Laluan Circle Tahap 6 (CCL6), menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (25 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jul 2019 03:13PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 11:32PM

SINGAPURA: Kerja-kerja naik taraf sudah dimulakan di Laluan Circle (CCL) sebagai persediaan bagi pembukaan Laluan Circle Tahap 6 (CCL6), menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (25 Jul).

Kerja-kerja naik taraf itu akan membolehkan CCL yang berusia sedekad untuk menyokong rangkaian CCL dan kereta api yang lebih besar apabila tiga stesen baru CCL6 mula beroperasi pada tahun 2025.

Stesen-stesen itu juga akan melengkapi laluan CCL dengan menghubungkan Stesen HarbourFront dengan Stesen Marina Bay.

Pembinaan tiga stesen baru CCL6 - iaitu stesen Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road - bermula pada 2017. Kerja-kerja sedang berjalan lancar dan dijangka akan selesai pada tarikh yang ditetapkan, menurut LTA dan SMRT.

Kerja-kerja menggali terowong bagi stesen-stesen baru juga bermula pada Khamis.

Ketua Eksekutif LTA Ngien Hoon Ping menambah bahawa "operasi seharian tidak akan terjejas" sedang mereka menjalankan kerja naik taraf di rangkaian 30-stesen itu.

Kerja-kerja peningkatan di rangkaian Laluan Circle sedia ada termasuk menaik taraf sistem isyarat untuk memantau dan menyokong jumlah kereta api CCL yang lebih besar.

Sistem bekalan kuasa juga akan dipertingkatkan untuk memperbaiki penyediaan dan keutuhan sistem. Pemasangan komponen perkakasan tambahan dipanggil swis pemutus beban (load break switch) di pencawang akan membantu mengekalkan bekalan kuasa berterusan sekiranya berlaku gangguan elektrik.

KERJA GALI TEROWONG BERMULA

Kerja-kerja menggali terowong bagi CCL6 bermula pada Khamis dengan pelancaran mesin penembusan terowong (TBM) di Stesen Keppel.

Mesin itu akan melakukan kerja penembusan dari Stesen Keppel hingga stesen CCL HarbourFront. Dua lagi TBM dijangka dilancarkan pada September dan Oktober tahun ini.

Kerja-kerja penembusan dan penggalian juga sedang dijalankan bagi kerja perluasan Depot Kim Chuan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan