Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja naik taraf 360 pusat perhentian bas agar lebih mesra warga tua jelang 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2022 06:44PM Dikemas Kini : 09 Feb 2022 09:21PM

SINGAPURA: Menjelang pertengahan 2025, 360 pusat perhentian bas merata Singapura akan dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan stesen-stesen bas itu lebih selamat dan lebih mesra warga emas. 

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Pengangkutan,  Chee Hong Tat, hari ini (9 Feb). 

"Contoh kerja-kerja naik taraf termasuk menanggalkan anak tangga, menukar ketinggian bendul jalan untuk memudahkan akses tanpa hadangan dan memperbaiki lampu," menurutnya dalam satu catatan ke Facebook. 

Encik Chee juga menambah bahawa lebih banyak tempat duduk dan ruang untuk warga emas dan para penumpang berkerusi roda juga akan disediakan, di mana boleh. 

Pusat-pusat perhentian sementara bas akan dibina untuk para penumpang sementara kerja-kerja naik taraf dijalankan. 

"Setakat ini, kami sudah mempunyai 88 pusat perhentian sementara bas tanpa hadangan dan 29 lagi akan dibina menjelang hujung April 2022," menurut Encik Chee. 

Dalam satu kenyataan media, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menekankan bahawa pusat perhentian bas berhampiran Blok 46 Holland Drive dijadualkan untuk menjalani ubah suai. 

Agensi itu menarik perhatian bahawa sebuah pusat perhentian sementara bas dibina pada 30 Januari tahun ini untuk memastikan ketersambungan para penumpang, dengan kerja-kerja ubah suai dijangka selesai menjelang Mei ini. 

LTA memperkenalkan Program Naik Taraf Infrastruktur Pusat Perhentian Bas pada 2019. 

Pembaharuan yang dilaksanakan di bawah program itu termasuk memastikan akses tanpa hadangan, menyediakan lebih banyak tempat duduk dengan tempat meletak tangan dan juga "langkah-langkah perlindungan daripada cuaca" seperti skrin-skrin untuk menghadkan pendedahan kepada hujan.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan