Kerja-kerja terowong Laluan Circle hampir 50% siap; dijangka siap April
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kerja-kerja pengukuhan terowong di Laluan Circle (CCL) kini sudah 50 peratus selesai, dengan LTA mengesahkan pada Selasa (10 Feb) bahawa projek tersebut masih mengikut jadual untuk siap menjelang April.
Gangguan perkhidmatan yang dijadualkan, yang bermula pada 17 Januari dan berlangsung sehingga 19 April, menyaksikan MRT beroperasi di satu platform antara stesen MRT Mountbatten, Dakota dengan Paya Lebar.
LTA menyelesaikan pemasangan plat keluli pada semua 152 cecincin terowong (tunnel rings) di terowong masuk ke arah Stesen MRT HarbourFront.
Walau bagaimanapun, kerja-kerja kemasan - termasuk kimpalan (welding), 'grouting' dan pemasangan bolt - serta prosedur ujian masih sedang dijalankan.
Ujian-ujian tersebut akan mengesahkan bahawa terowong yang diperkukuhkan adalah teguh dan andal bagi perkhidmatan penumpang, kata Encik Saiful Rasno, pengarah peningkatan prasarana LTA.
Kerja-kerja pada terowong keluar ke arah Stesen MRT Dhoby Ghaut dijadualkan bermula lewat bulan ini.
Encik Saiful meyakinkan penumpang bahawa perkhidmatan MRT tidak akan terjejas semasa fasa tersebut.
"Penumpang boleh mengikuti papan tanda untuk menaiki kereta api ulang-alik dari platform bertentangan," katanya.
Menjelang siapnya projek itu, lebih daripada 300 cecincin terowong merentasi kedua-dua terowong akan diperkukuhkan.
Kerja-kerja pengukuhan ini menangani fenomena yang dikenali sebagai 'tunnel squatting', yang menjejas beberapa bahagian terowong CCL.
Ini berlaku apabila tanah liat marin lembut di bawah bahagian terowong secara perlahan-lahan menjadi lebih mampat.
Jika tidak ditangani, LTA menyatakan ini boleh menyebabkan gangguan jangka panjang dalam operasi MRT dan kerosakan struktur dalam terowong.
Lengan robot khas sedang digunakan untuk memasang plat keluli dalam terowong, membebaskan ruang dan membolehkan pekerja memberi tumpuan kepada tugas-tugas penting yang lain.
Tanpa teknologi tersebut, lima hingga enam pekerja akan diperlukan untuk mengangkat dan meletakkan setiap plat secara manual - proses yang memerlukan lebih banyak tenaga kerja dan masa, menurut LTA.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.