Skip to main content

Singapura

Kerja binaan lanjutan MRT Laluan Rentas Pulau bermula, dijadual siap 2032

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Oct 2023 05:09PM Dikemas Kini : 11 Oct 2023 12:01AM
SINGAPURA: Penduduk Punggol dan mereka yang bekerja di Punggol boleh menikmati ketersambungan sistem kereta api yang lebih baik dalam beberapa tahun akan datang.

Kerja membina lanjutan kepada Laluan MRT Rentas Pulau (CCL) telah bermula dan dijadual siap pada 2032.

Lebih 40,000 penduduk bakal meraih manfaat daripada kemudahan tersebut.

Upacara pecah tanah projek itu berlangsung di tapak bakal stesen MRT Riviera.

Ia merupakan antara empat stesen baharu bagi laluan lanjutan sepanjang 7.3 kilometer itu, yang kesemuanya di bawah tanah.

Apabila siap kelak, ia akan meningkatkan ketersambungan ke kawasan seperti Daerah Digital Punggol dan Taman Penerbangan Changi.

Ia juga akan mengurangkan masa perjalanan antara Punggol dengan Pasir Ris kepada 15 minit berbanding 40 minit dengan menaiki bas.

Stesen-stesen baru itu juga akan dibina menggunakan konkrit rendah karbon dan dilengkapi ciri-ciri jimat tenaga seperti panel suria dan sistem pendingin hibrid.
Sumber : CNA/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita