Kerja binaan Fasa 2 'lebuh raya' air kumbahan sudah siap
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kerja-kerja binaan terowong bagi fasa kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) telah selesai.
Demikian menurut PUB pada Isnin (21 Ogos).
Disifatkan sebagai lebuh raya atau 'superhighway' bagi air terpakai, projek infrasktruktur itu akan meningkatkan proses kitaran semula air dan kemampanan air untuk jangka panjang di Singapura, menurut agensi air negara PUB dalam satu kenyataan media.
Fasa kedua DTSS merangkumi pembinaan rangkaian panjang terowong dalam dan pembetung penghubung sepanjang 98 kilometer serta Loji Pemulihgunaan Air Tuas yang akan datang.
"Komponen infrakstruktur baharu ini melanjutkan rangkaian DTSS untuk berkhidmat kepada para penduduk di separuh bahagian barat Singapura, termasuk kawasan pusat bandar dan pembangunan yang akan datang seperti Bandar Tengah dan Daerah Tasik Jurong.
"Meliputi beberapa kontrak penerowongan dan pembinaan, projek DTSS Fasa 2 melibatkan lebih 5,000 pekerja pada tahap kemuncak kerja-kerja binaan tersebut."
Sistem tersebut dicetuskan pada tahun 1990an sebagai cara untuk memenuhi keperluan Singapura bagi pengumpulan, rawatan, penambakan dan pelepasan air terpakai.
"Ia anak kunci untuk membolehkan PUB menambak dan mengitar semula air dalam kitaran tanpa henti, lantas meningkatkan kapasiti kami untuk menghasilkan NEWater, Paip Nasional ketiga Singapura dan sumber air yang berdaya tahan cuaca," menurut agensi tersebut.
Pembinaan bagi fasa pertama sistem tersebut, dengan terowong sepanjang 48 kilometer melalui bahagian timur Singapura, telah siap pada 2018. Fasa kedua bermula pada 2014 dan dijadualkan siap pada 2026.
Pembinaan kemudahan ini dianggar melibatkan kos keseluruhan S$10 bilion dan dijangka dapat beroperasi selama 100 tahun.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.