Kerja binaan di Clementi bagi stesen MRT Maju Laluan CRL bermula pada suku kedua 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat
SINGAPURA: Kerja-kerja binaan bagi stesen MRT Maju di Laluan MRT Rentas Pulau (CRL) akan datang bakal bermula pada suku kedua tahun ini, dengan lencongan trafik boleh dijangkakan.
Stesen bawah tanah baharu itu terletak di Clementi Road, berdekatan dengan Institut Pengurusan Singapura (SIM), Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Politeknik Ngee Ann.
CRL merupakan laluan MRT kelapan Singapura.
Perkhidmatan penumpang bagi fasa 2 laluan MRT, yang merangkumi enam stesen bawah tanah termasuk stesen Maju, dijangka bermula pada 2032.
Kontrak pembinaannya yang bernilai kira-kira S$480 juta dolar telah diberikan kepada syarikat KTC Civil Engineering and Construction.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (31 Jan) mengatakan kerja membina stesen bawah tanah itu dijangka "mencabar" kerana keadaan muka bumi dan jenis tanah yang berbeza-beza di kawasan tersebut.
Lencongan trafik dan utiliti akan dilaksanakan secara bertahap-tahap semasa kerja-kerja tersebut dijalankan, tambah LTA.
Pembinaan Stesen Maju merupakan sebahagian daripada fasa kedua projek Laluan MRT Rentas Pulau.
Lima lagi stesen bawah tanah akan dibina dalam fasa kedua.

Sumber : CNA/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.