Kerja binaan bermula bagi kemudahan rawatan air dan sisa pepejal Tuas Nexus
Kerja binaan sudah bermula di Tuas Nexus, kemudahan rawatan sisa dan air bersepadu yang pertama di Singapura, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan PUB dalam satu kenyataan bersama pada Selasa (8 Sep).
Tuas Nexus adalah kemudahan rawatan sisa dan air bersepadu yang pertama di Singapura.(Gambar: NEA dan PUB)
SINGAPURA: Kerja binaan sudah bermula di Tuas Nexus, kemudahan rawatan sisa dan air bersepadu yang pertama di Singapura, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan PUB dalam satu kenyataan bersama pada Selasa (8 Sep).
Dijangka siap secara bertahap-tahap mulai tahun 2025 kemudahan itu akan menempatkan dua kemudahan mega - Loji Kitar Semula Air Tuas (Tuas WRP) dan Kemudahan Pengurusan Sisa Bersepadu (IWMF) yang akan "membantu membangunkan Singapura yang lebih mampan dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan tanah dan pemulihan tenaga dan sumber," menurut agensi-agensi itu.
Tuas Nexus akan "menjana tenaga sendiri", menurut kenyataan itu, dengan memanfaatkan penyepaduan Tuas WRP dan IWMF.
Ini dijangka menjimatkan karbon berjumlah lebih 200,000 tan karbon dioksida setiap tahun, iaitu sama dengan pengurangan 42,500 kereta di jalan raya Singapura.
Selain itu, dengan menyepadukan kedua-dua kemudahan itu, ia akan menjimatkan tanah sehingga 2.6 hektar - keluasan sekitar empat padang bola sepak, berbanding membangunkan kedua-duanya sebagai kemudahan berasingan, tambah kenyataan itu.
"Dengan menggunakan teknologi terkini, Texus Nexus akan memanfaatkan sinergi kaitan air-tenga-sisa daripada sisa air dan sisa pepejal.
"Produk sampingan daripada satu kemudahan menjadi sumber untuk satu lagi kemudahan lain," jelas PUB dan NEA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.