Kerja binaan bagi stesen MRT Turf City mula suku ketiga 2024
Gambar: LTA
Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (27 Mei).
Stesen bawah tanah itu akan terletak di Turf Club Road, berdekatan bekas lokasi granstand.
Stesen MRT Turf City merupakan salah satu daripada enam stesen baharu yang membentuk Fasa 2 CRL itu, yang dijangka memulakan khidmat penumpang pada 2032.
Khamis lalu, diumumkan bahawa kira-kira 15,000 sehingga 20,000 kediaman awam dan privet dirancang bagi estet perumahan baharu di Turf City di Bukit Timah bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
Ini kali pertama dalam tempoh hampir 40 tahun perumahan awam dirancang di Bukit Timah, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.
Kontrak bernilai S$530 juta untuk mereka dan membina stesen Turf City - yang nama stesen tersebut masih belum dimuktamadkan - serta terowong diberikan kepada usaha bersama Shanghai Tunnel Engineering Co (Singapore) dan Obayashi Corporation.
LTA menyatakan dua syarikat tersebut sudahpun mempunyai rekod prestasi baik dalam projek kereta api Singapura. Usaha bersama itu sebelum ini diberikan kontrak tersebut bagi rekaan dan binaan terowong antara Fairways Drive dengan Sin Ming Walk pada Disember 2022.
Shanghai Tunnel Engineering Co (Singapore) sedang berada dalam fasa terakhir menyiapkan stesen MRT Katong Park dan Bayshore di Laluan Thomson-East Coast (TEL). Ia juga sudah selesai menjalankan kerja-kerja binaan bagi stesen Shenton Way.
Obayashi Corporation sebelum ini membina stesen Dhoby Ghaut Laluan Timur Laut (NEL).
KERJA BINAAN YANG SUKAR
Kerja binaan bagi stesen MRT Turf City dijangka sukar disebabkan keadaan tanah yang berbeza di kawasan tersebut, terutama sekali keadaan tanah yang lebih keras dalam pembentukan granit Bukit Timah itu yang memerlukan penggunaan teknik pakar untuk melaksanakan kerja-kerja penggalian dengan selamat.
CRL merupakan laluan MRT kelapan di Singapura, yang menghubungkan kawasan seperti Daerah Jurong Lake, Daerah Digital Punggol dan rantau Changi itu, menurut LTA.
CRL bawah tanah sepenuhnya itu akan dibina dalam tiga peringkat. Fasa 1 diumumkan pada 2019 dan merangkumi 12 stesen, dengan kerja-kerja binaan dijangka siap menjelang 2030.
Fasa 2, yang diumumkan pada September 2022, merangkumi enam stesen. Selain Turf City, stesen lain juga termasuk King Albert Park, Maju, Clementi, West Coast dan Daerah Jurong Lake.
Kajian kejuruteraan bagi Fasa 3 masih dijalankan dan butiran lanjut akan diumumkan apabila kajian tersebut sudahpun selesai dikendalikan, menurut LTA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.