Kerja bina 6 stesen Fasa 2 CRL sudah bermula; dijangka siap jelang 2032
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kerja-kerja pembinaan enam stesen dalam Fasa 2 Laluan Rentas Pulau (CRL) sudah pun bermula dan ia dijangka siap menjelang 2032, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (7 Jul).
Daripada enam stesen bawah tanah itu, dua adalah stesen pertukaran iaitu Clementi dan King Albert Park yang akan menghubungkan para penumpang masing-masing ke Laluan MRT Timur-Barat (EWL) dan Laluan MRT Downtown (DTL).
Lagi empat stesen adalah Turf City, Maju, West Coast dan Jurong Lake District, yang merupakan nama sementara.
Fasa 2 Laluan Rentas Pulau (CRL) akan memperluaskan Fasa 1 CRL yang kini sepanjang 29 kilometer, sejauh 15 kilometer ke arah barat.
Bercakap kepada media pada Isnin di majlis pecah tanah di tapak stesen CRL Clementi, Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow berkata fungsi paling penting CRL adalah untuk "meningkatkan dengan ketara daya tahan rangkaian rel kami".
Beliau menambah ketika rangkaian MRT mula dibina, beberapa laluan MRT yang pertama membawa para penduduk dari tempat kediaman masing-masing ke kawasan bandar.
"Namun jika anda mahu ke satu estet HDB ke satu lagi... anda perlu menaiki kereta api MRT ke bandar, kemudian menukar laluan dan menaiki kereta api dari arah bertentangan untuk ke destinasi anda," kata Encik Siow.
Beliau berkata Laluan Circle dibina pada 2009 dan merupakan 'laluan gelung' pertama di Singapura yang menghubungkan laluan-laluan kereta api MRT yang lama.
Ia merupakan "pembawa perubahan besar" yang membuka laluan kepada lebih banyak laluan perjalanan baharu dan menawarkan banyak pilihan kepada para penumpang untuk ke destinasi mereka.
CRL akan menjadi "laluan gelung seterusnya" dengan lapan daripada 21 stesen CRL adalah stesen pertukaran.
Ini bermakna para penumpang akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk ke destinasi mereka, dan ia dapat bantu "mengurangkan kesan gangguan perkhidmatan MRT".
"Sebagai manfaat baharu, ia membuka lebih banyak peluang bagi kerja-kerja penyenggaraan, kerana apabila rangkaian rel kita semakin meluas dan meningkat usia, lebih banyak kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan perlu dilaksanakan," katanya.
Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan pada satu masa bukan sahaja hanya perlu dijadualkan pada waktu malam, malah ia juga boleh diadakan pada siang hari.
Encik Siow berkata demikian yang berlaku terhadap sistem metro yang lebih berusia dan matang seperti di New York, London atau Paris.
"Jadi walaupun sebahagian daripada rangkaian rel itu tidak beroperasi, meskipun ia siang hari, para penumpang masih mempunyai laluan alternatif."
Encik Siow menambah CRL berkemungkinan adalah laluan MRT timur ke barat Singapura yang terakhir.
"Tidak ada, atau tidak banyak lagi ruang bawah tanah yang tinggal untuk laluan lain seperti ini," katanya.
"Dan buat masa ini, kami membuat perancangan awal untuk memastikan CRL mempunyai keupayaan bagi menampung permintaan penumpang."
Oleh demikian, CRL akan mula beroperasi dengan enam gerabak kereta api, dengan kemungkinan ia ditambah kepada lapan gerabak kereta api di masa hadapan, katanya.

LTA menyatakan CRL2 juga akan meningkatkan ketersambungan pengangkutan awam bagi mereka yang tinggal atau melakukan perjalanan ulang alik ke bahagian barat Singapura.
Sebagai contoh, seorang penduduk West Coast yang melakukan perjalanan ke tempat kerjanya di Taman Perindustrian Ang Mo Kio boleh menjimatkan masa perjalanan sehingga 40 minit - berbanding perjalanan lebih sejam dengan menaiki kereta api MRT dan bas kini, kepada 30 minit dengan menaiki MRT di laluan CRL.
Pembinaan Fasa 1 CRL bermula pada 2023 dengan 12 stesen - Bright Hill, Ang Mo Kio, Hougang, Pasir Ris, Aviation Park, Loyang, Pasir Ris East, Tampines North, Defu, Serangoon North, Tavistock dan Teck Ghee.
Ia dijadual siap pada 2030.
Pembinaan CRL-Lanjutan Punggol sejauh 7.3 kilometer terdiri daripada empat stesen - Punggol, Riviera, Pasir Ris dan Elias.
Kerja-kerja pembinaan bermula pada Oktober 2023 dan dijadual selesai pada 2032.
Fasa 3 CRL yang akan dibina di Estet Perindustrian Jurong, kini sedang menjalani kajian kejuruteraan dan butiran lanjut akan diumumkan sebaik sahaja kajian itu selesai.
Apabila siap, laluan CRL sepanjang 50 kilometer akan menjadi laluan bawah tanah paling panjang di Singapura yang menghubungkan bahagian timur, barat dan timur laut Singapura.

STESEN TERDALAM DI SINGAPURA
Sebagai persiapan sempena pembukaan CRL2, kerja-kerja binaan akan dijalankan di stesen EWL Clementi dan stesen DTL King Albert bagi memudahkan para penumpang yang perlu menukar ke laluan baharu.
"Kerja-kerja binaan bagi pautan pemindahan itu akan dilaksanakan secara berfasa dan dipantau dengan teliti bagi mengurangkan sebarang gangguan terhadap khidmat kereta api sedia ada," menurut LTA.
Apabila siap dibina, stesen pertukaran CRL King Albert menjadi stesen MRT terdalam di Singapura, dengan kedalaman 50 meter, setara dengan ketinggian bangunan 16 tingkat.
Ia akan mengatasi stesen CRL Pasir Ris, yang apabila ia siap dibina mempunyai kedalaman 47 meter dan stesen DTL Bencoolen, yang kini stesen MRT bawah tanah paling dalam dengan kedalaman 43 meter.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.