Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja bangun semula Pentas Terapung Marina Bay ditunda setahun, dijangka siap jelang hujung 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2022 02:50PM Dikemas Kini : 22 Mar 2022 10:14PM

SINGAPURA: Pembangunan semula Pentas Terapung Marina Bay untuk dijadikan Dataran NS, iaitu satu ruang tetap untuk memperingati Perkhidmatan Negara, ditunda setahun disebabkan pandemik. 

Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini (22 Mac).

"Disebabkan situasi semasa COVID-19 dan kesannya terhadap sektor binaan, kerja-kerja berkenaan dijadualkan semula untuk bermula pada Mac 2023 dan dijangka selesai menjelang hujung 2026," menurut MINDEF dalam satu kenyataan media. 

Butiran lanjut tentang projek itu akan didedahkan apabila sudah ada, tambah MINDEF. 

Sebelum ini, kerja-kerja pembangunan semula dijadual bermula bulan ini dan dijangka akan selesai menjelang hujung 2025. 

Pada 2020, kumpulan perunding yang diterajui oleh WOHA Architects diberikan kontrak untuk membangunkan semula Pentas Terapung itu. 

Pentas Terapung Marina Bay dibina pada 2007 sebagai tempat sementara untuk mengadakan acara seperti acara tahunan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sewaktu Stadium Negara dibina semula. 

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pada 2017 bahawa platform terapung itu akan dibangunkan semula untuk dijadikan ruang tetap bagi memperingati NS. Ia juga akan dinamakan Dataran NS dan menjadi tempat utama untuk NDP. 

Apabila selesai, ia akan menyediakan galeri bertemakan NS, kemudahan sukan masyarakat dan jalan pesisir awam baru.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan