Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja baik pulih kerosakan akibat tanah runtuh di Clementi NorthArc bermula minggu depan

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja baik pulih kerosakan akibat tanah runtuh di Clementi NorthArc bermula minggu depan

(Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

Diterbitkan : 03 Sep 2022 12:49PM Dikemas Kini : 03 Sep 2022 12:52PM
SINGAPURA: Kerja-kerja untuk membaiki kerosakan besar yang disebabkan oleh kejadian tanah di tapak projek
Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Clementi pada Jumaat (2 Sep) akan dimulakan pada minggu depan.

Mereka yang membeli flat di kawasan berkenaan turut diberi jaminan bahawa tiada kelengahan untuk mereka berpindah ke rumah baru mereka.

Kejadian tanah runtuh itu menjejas sebahagian tapak Clementi NorthArc di mana tembok penahan - iaitu struktur yang menahan tanah atau air - sedang dibina dan di mana sebuah gelanggang bola keranjang dan astaka akan ditempatkan.

Pihak berkuasa sudahpun mengeluarkan arahan untuk menghentikan kerja-kerja yang dijalankan di bahagian yang terjejas sehingga diberitahu kelak.

Sejumlah besar tanah dilihat menggeluncur ke dalam terusan Ulu Pandan akibat kejadian tanah runtuh itu sekali gus menimbulkan keprihatinan berlaku banjir. Selain itu, sebahagian kecil penghubung taman bersebelahan tapak tersebut retak dan pecah.

Kejadian tanah runtuh itu turut menyebabkan seorang pejalan kaki mengalami kecederaan ringan dan dirawat di tempat kejadian.
Para jurutera dari Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengesahkan bahawa bangunan-bangunan yang terletak berdekatan kekal kukuh dari segi struktur.

Dalam pada itu, agensi air negara PUB menyatakan bahawa mutu air di Kolam Air Pandan yang terletak berdekatan tidak terjejas ekoran kejadian tanah runtuh itu.

Kerja-kerja binaan bagi blok-blok di tapak BTO tersebut juga tidak terjejas.

Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Sim Ann, yang juga adalah Anggota Parlimen bagi kawasan tersebut berkata tidak mungkin pengambilan kunci bagi unit-unit di Clementi NorthArc akan mengalami kelengahan, dengan kumpulan pertama dirancang untuk bulan Disember.

"Kami akan memastikan para pembeli flat dikemas kini sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh siap flat mereka," menurut catatan Facebook HDB.

Dalam pada itu, HDB sedang bekerjasama dengan pihak kontraktor, Chiu Teng Construction, untuk menstabilkan cerun di tempat kejadian.

HDB juga akan membina sebuah saluran untuk meningkatkan aliran air di Sungei Ulu Pandan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan