Kereta terjatuh dalam tanah jerlus di Tanjong Katong Road South; 1 individu dibawa ke hospital
Anggaran Waktu Membaca:
Tempat berlakunya lubang benam di Tanjong Katong Road South. (Gambar: Media Sosial)
SINGAPURA: Sebatang jalan raya di Tanjong Katong Road South runtuh pada Sabtu (26 Jul), menyebabkan sebuah kenderaan terjatuh ke dalam lubang yang digenangi air.
PUB menyatakan tanah jerlus itu berlaku bersebelahan tapak binaannya, berdekatan persimpangan Tanjong Katong Road South dengan Mountbatten Road pada kira-kira pukul 5.00 petang.
"Satu kenderaan terjatuh ke dalam tanah jerlus itu. Pasukan Pertahanan Awam Singapura menyelamatkan pemandu wanita itu dan menghantarnya dalam keadaan sedar ke Hospital Raffles," menurut PUB.
"Dua paip air utama rosak dalam kejadian itu. PUB sedang mengasingkan paip air utama yang terjejas," ia menambah.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan para kontraktornya dikerahkan untuk menyokong kerja-kerja pembaikan jalan raya.
"Kesemua jalan raya dari kedua-dua arah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga," menurut LTA.
"Para pemandu dinasihati supaya menggunakan laluan alternatif pada masa ini."
Pada kira-kira pukul 8.30 malam, susur keluar 11 di ECP menuju ke Lapangan Terbang Changi, yang merupakan susur keluar bagi Tanjong Katong South Road ditutup. Terdapat papan tanda yang menyatakan "Insiden di hadapan".
Polis juga kelihatan mengalihkan lalu lintas di persimpangan berhampiran tanah jerlus itu.

Dua penduduk di kawasan itu memberitahu Mediacorp bahawa bekalan air ke rumah mereka terjejas.
Encik Ramses Yogiaman, yang tinggal bertentangan One Amber berkata beliau mendapati bekalan airnya terputus pada kira-kira pukul 6.30 petang.
Beliau sudah pun selesai menyiapkan makan malam, tetapi perlu keluar untuk membeli botol minuman.
Anggota Parlimen GRC Marine Parade-Braddell Heights Goh Pei Ming berkata dalam satu catatan Facebook bahawa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Air Negara (PUB) sedang menyiasat kejadian itu.
Beliau menambah khidmat bas nombor 36 dan 48 dilencongkan.

Sumber : CNA/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.