Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta terbakar di simpang Tampines

Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran yang menyelubungi sebuah kereta pada malam semalam (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta terbakar di simpang Tampines

(Gambar: Facebook/Singapore Road Accident)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 09:48AM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 09:52AM

SINGAPURA: Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran yang menyelubungi sebuah kereta pada malam semalam (27 Sep).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya
dimaklumkan mengenai kebakaran di simpang Tampines Avenue 2 dan Tampines Street 23 pada sekitar pukul 8.50 malam.

Pemandu dan penumpang kereta berkenaan sudahpun meninggalkan kereta tersebut sebelum pasukan SCDF tiba di tempat kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut SCDF, punca kebakaran sedang disiasat.

Rakaman insiden itu yang dikongsi di media sosial menunjukkan kereta tersebut diselubungi asap yang agak tebal.

Seorang penduduk Tampines, Sam Ong memberitahu Mediacorp bahawa beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat dari flatnya.

Selepas melaporkan insiden itu kepada pihak polis, Encik Ong ternampak dua orang lelaki cuba memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam api.

Namun, api itu semakin marak dan kedua-dua lelaki itu dinasihati oleh seorang pegawai polis supaya menjauhi kereta tersebut.

Rakaman itu juga menunjukkan beberapa anggota SCDF di tempat kejadian serta para kakitangan lain yang sedang mengarahkan laluan trafik. 

Sumber : CNA/NA/n
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan