Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta terbakar di ECP pada waktu sibuk sebelah pagi

Sebuah kereta terbakar di East Coast Parkway (ECP) semasa waktu sibuk sebelah pagi pada Khamis (12 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta terbakar di ECP pada waktu sibuk sebelah pagi

(Petikan video: Watson Wong)

Diterbitkan : 12 Mar 2020 11:30AM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 11:39AM

SINGAPURA: Sebuah kereta terbakar di East Coast Parkway (ECP) semasa waktu sibuk sebelah pagi pada Khamis (12 Mac).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya memberi respons kepada kebakaran di ECP yang menghala ke bandar pada sekitar 8.45 pagi.

Kebakaran yang berlaku dekat jalan susur keluar Fort Road, berjaya dipadamkan oleh SCDF, menurut penguasa itu.

Satu gelung hos, dua pek udara termampat dan alat pemadam api digunakan untuk memadamkan kebakaran.

Tiada kecederaan dilaporkan menurut SCDF yang menambah bahawa punca kebakaran sedang disiasat.

Gambar-gambar dan video kejadian yang dikongsi online menunjukkan sebuah kereta sedan berwarna hitam dengan bahagian but kereta terbuka dan bahagian depan terbakar. Api dan kepulan asap hitam dilihat keluar daripada kereta itu.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi amaran tentang kemalangan yang berlaku di ECP (menghala Bandar) dalam satu ciapan pada sekitar 8.30 pagi.

Dalam catatan susulan di Twitter, penguasa itu memaklumkan para pemandu supaya mengelakkan lorong keempat, kelima dan keenam.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan