Kereta terbakar di CTE; 1 individu dibawa ke TTSH
SINGAPURA: Seorang individu dibawa ke hospital setelah sebuah kereta terbakar di Ekspreswe Central (CTE) pada petang Rabu (13 Apr).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran di CTE yang menghala ke Ekspreswe Seletar (SLE) di jalan susur keluar ke Braddell Road pada kira-kira 2.55 petang.
Kebakaran yang melibatkan sebuah kereta dipadamkan menggunakan satu jet air dan dua beg galas busa udara mampat, tambah SCDF.
Rakaman video yang dikirimkan oleh pembaca Mediacorp Watson Wong menunjukkan sebuah kereta berwarna putih diselubungi asap tebal di tepi jalan susur keluar itu.
Seorang individu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
"Punca kebakaran masih disiasat," menurut SCDF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.