Kereta terbakar di BKE, tiada yang cedera
Sebuah kereta terbakar di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) pada tengah hari Sabtu (6 Mac).

(Gambar: Petikan dari video media sosial)
SINGAPURA: Sebuah kereta terbakar di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) pada tengah hari Sabtu (6 Mac).
Tiada kecederaan dilaporkan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan sekitar 1.35 tengah hari mengenai kebakaran yang berlaku selepas jalan susur keluar Bukit Panjang.
Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan menggunakan jet air dan beg galas berisi busa udara mampat.
Tiada kenderaan lain terlibat dalam kebakaran tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.