Kereta polis terlibat dalam nahas di Tampines; seorang wanita dihantar ke hospital
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Singapore Road Accident)
SINGAPURA: Seorang wanita 48 tahun dikejarkan ke hospital berikutan kemalangan melibatkan kereta polis di Tampines pada Jumaat (12 Apr).
Pasukan Polis Singapura (SPF) dimaklumkan tentang kejadian itu, yang berlaku di persimpangan Tampines North Drive 2 dan Tampines North Drive 1, pada pukul 10.35 pagi.
Wanita tersebut, yang merupakan penumpang, dihantar ke Hospital Besar Changi dalam keadaan sedarkan diri.
Gambar dimuat naik ke akaun Facebook Singapore Road Accident menunjukkan kesan kemalangan antara sebuah kereta polis dengan kereta hitam, di luar Courts Megastore di Tampines.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.