Kereta Malaysia tawar khidmat rentas sempadan disita di SG, pemilik mahu kemuka rayuan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Sebuah kereta berdaftar di Malaysia yang digunakan untuk membawa penumpang merentasi Seberang Tambak secara haram diarahkan oleh mahkamah Singapura supaya dirampas oleh pemerintah.
Pemilik kenderaan tersebut, seorang lelaki warga Malaysia berusia 31 tahun bernama Tkhisenwara Rau Athi Naidu, akan mengemukakan rayuan terhadap arahan itu.
Dia mahu keretanya dipulangkan kerana sudah meminjam wang sekitar RM110,000 (S$35,365) untuk membeli kereta tersebut dan perlu membayar balik pinjaman berkenaan selama sembilan tahun.
Menurut dokumen penghakiman yang dikeluarkan pada Selasa (26 Mei), Encik Tkhisenwara mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kereta berdaftar Malaysia sebagai kenderaan bagi perkhidmatan awam tanpa lesen yang sah atau polisi insurans pihak ketiga yang sah.
Encik Tkhisenwara tinggal di Johor Bahru, Malaysia. Dia menggunakan kenderaannya untuk membawa seorang penumpang dari Sunset Way di Clementi, Singapura ke Johor Bahru dengan bayaran sebanyak S$70.
Walaupun kenderaan tersebut mempunyai insurans, polisi insurans tersebut tidak melindungi kenderaan itu apabila ia digunakan untuk tujuan sewa atau bagi mendapatkan bayaran.
Pada kira-kira pukul 10.35 pagi 30 September 2025, kenderaan Encik Tkhisenwara ditahan untuk diperiksa di Pusat Pemeriksaan Woodlands. Terdapat seorang penumpang di dalam kenderaan tersebut.
Kenderaan itu disita dan ditahan sementara prosiding mahkamah dijalankan.
Encik Tkhisenwara didenda sebanyak S$1,800 dan dilarang daripada memegang atau mendapatkan semua kelas lesen memandu selama 12 bulan.
Mahkamah menarik perhatian bahawa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memeriksa lebih 3,200 kenderaan dan menyita 185 kenderaan kerana menjalankan khidmat rentas sempadan secara haram antara Julai 2025 hingga 27 Februari 2026.
Pihak pendakwa memohon agar kenderaan Encik Tkhisenwara dirampas oleh pemerintah. Pelucutan hak ini wajib di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya.
Encik Tkhisenwara memohon agar keretanya dipulangkan dengan alasan dia sudah meminjam wang sekitar RM110,000 daripada sebuah syarikat kewangan dan perlu melunaskan bayaran ansuran selama sembilan tahun. Mahkamah mengambil maklum kenyataannya bahawa perkara itu merupakan beban kewangan yang berat buat dirinya.
Dia juga menyatakan bahawa dia sudah pun membayar denda kepada mahkamah.
Seorang wakil daripada syarikat kewangan berkenaan tidak membantah tindakan melucutkan hak itu kerana memahami bahawa tindakan tersebut adalah wajib di bawah undang-undang.
Hakim Daerah Shawn Ho berkata tanggungan baki pinjaman Encik Tkhisenwara tidak boleh mengetepikan ketetapan undang-undang yang jelas dan wajib seperti yang termaktub di dalam akta tersebut.
"Mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk membatalkan arahan pelucutan hak atas alasan-alasan bagi meringankan hukuman," katanya.
Perubahan pada teksi seberang tambak yang berulang-alik antara Singapura dan Malaysia mula berkuat kuasa awal bulan ini, sekali gus membenarkan lokasi menurunkan penumpang yang lebih fleksibel serta tempat pengambilan penumpang tambahan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.